{"id":4393,"date":"2025-10-20T09:49:21","date_gmt":"2025-10-20T09:49:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4393"},"modified":"2025-10-20T09:49:21","modified_gmt":"2025-10-20T09:49:21","slug":"reman-suspek-tikam-pelajar-disambung-esok-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/reman-suspek-tikam-pelajar-disambung-esok-polis\/","title":{"rendered":"Reman suspek tikam pelajar disambung esok: Polis"},"content":{"rendered":"<p>Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 14 tahun yang didakwa menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan disambung esok.<\/p>\n<p>Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan suspek yang juga pelajar tingkatan tiga itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi untuk permohonan reman kali kedua.<\/p>\n<p>\u201cPerintah reman suspek akan tamat esok, dan polis akan memohon sambung reman kedua,\u201d jelas Shamsudin dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya buat pertama kali pada Rabu ini.<\/p>\n<p>Sehingga kini, siasatan polis telah merakamkan keterangan daripada sejumlah 148 orang saksi untuk membantu menyiasat kes berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cAntara saksi yang dipanggil terdiri daripada pelajar, guru, kakitangan sekolah, kaunselor, serta keluarga mangsa dan suspek,\u201d tambah Shamsudin.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, pihak polis masih menunggu laporan penuh patologi yang dijangka mengambil masa antara satu hingga tiga bulan untuk disiapkan sebelum sebarang pengesahan rasmi boleh dibuat.<\/p>\n<p>Suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 14 tahun yang didakwa menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan disambung esok. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, mengesahkan suspek yang juga pelajar tingkatan tiga itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2127,569,567,43,773,94,2126,2065],"authors":[],"class_list":["post-4393","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-302-kanun-keseksaan","tag-jenayah","tag-mati","tag-pdrm","tag-pelajar","tag-polis","tag-suspek","tag-tikam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4393"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4394,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4393\/revisions\/4394"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4393"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}