{"id":4397,"date":"2025-10-21T05:16:44","date_gmt":"2025-10-21T05:16:44","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4397"},"modified":"2025-10-21T05:16:53","modified_gmt":"2025-10-21T05:16:53","slug":"umno-kangar-kecam-rakaman-audio-tular-didakwa-mb-perlis-hina-institusi-raja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-kangar-kecam-rakaman-audio-tular-didakwa-mb-perlis-hina-institusi-raja\/","title":{"rendered":"UMNO Kangar kecam rakaman audio tular didakwa MB Perlis hina Institusi Raja"},"content":{"rendered":"<p>UMNO Bahagian Kangar meluahkan rasa kecaman keras terhadap rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan mengaitkan Menteri Besar Perlis dengan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan Institusi Raja negeri itu.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan media, UMNO Kangar menyifatkan isu audio tular tersebut amat serius kerana melibatkan kedudukan Tuanku Raja Perlis sebagai ketua agama Islam dan lambang perpaduan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya hal ini benar, ia merupakan satu pelanggaran prinsip kesetiaan yang amat serius serta menyinggung maruah negeri dan rakyat,\u201d tegas UMNO Kangar dalam kenyataan itu.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, setiap pemimpin negeri wajib menjunjung tinggi kedaulatan Raja Perlis, dan apa-apa bentuk tindakan yang memperlekeh atau menyentuh kedudukan Baginda secara terbuka adalah tindakan biadab yang bercanggah dengan nilai Islam, adat Melayu, serta perlembagaan negeri.<\/p>\n<p>UMNO Kangar juga menolak sebarang cubaan untuk menjadikan isu ini sebagai perebutan kuasa dalam parti Perikatan Nasional (PN) di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Sebaliknya, mereka berkata perkara yang menyentuh Institusi Raja mesti dipandang dengan penuh keseriusan dan disiasat secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cUMNO Kangar memandangnya dengan penuh serius dan akan berdiri teguh mempertahankan kemuliaan Baginda Tuanku,\u201d jelas kenyataan itu.<\/p>\n<p>Mereka turut menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan segera dan telus bagi menentukan ketulenan rakaman berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya tanpa kompromi.<\/p>\n<p>Selain itu, UMNO Kangar menolak \u201cbudaya politik kotor, beremosi dan mencemarkan adab\u201d yang boleh menimbulkan kebencian rakyat.<\/p>\n<p>Mereka menyeru rakyat Perlis agar kekal beradab dan tidak terpengaruh dengan provokasi politik yang boleh menjejaskan keharmonian negeri.<\/p>\n<p>Kenyataan yang ditandatangani Setiausaha UMNO Bahagian Kangar pada 19 Oktober 2025 itu menegaskan pendirian bahagian untuk terus setia kepada Institusi Raja, mempertahankan adab kepimpinan berteraskan Islam, serta menjunjung undang-undang tubuh negeri Perlis dan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cSetia kepada Raja, Beradab dalam Politik, #BersamaBinaSemula,\u201d kata kenyataan itu lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO Bahagian Kangar meluahkan rasa kecaman keras terhadap rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan mengaitkan Menteri Besar Perlis dengan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti serta kewibawaan Institusi Raja negeri itu. Dalam satu kenyataan media, UMNO Kangar menyifatkan isu audio tular tersebut amat serius kerana melibatkan kedudukan Tuanku Raja Perlis sebagai ketua agama Islam dan lambang perpaduan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4359,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1924,357,2129,2130,1716,126,2111,56,146],"authors":[],"class_list":["post-4397","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-audio","tag-hina","tag-kangar","tag-mb-perlis","tag-mohamed-sukri-omar","tag-pas","tag-raja","tag-tular","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4397"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4397\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4398,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4397\/revisions\/4398"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4397"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}