{"id":4413,"date":"2025-10-21T10:56:24","date_gmt":"2025-10-21T10:56:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4413"},"modified":"2025-10-21T10:56:24","modified_gmt":"2025-10-21T10:56:24","slug":"isu-perdagangan-krisis-gaza-antara-fokus-perbincangan-dengan-trump-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/isu-perdagangan-krisis-gaza-antara-fokus-perbincangan-dengan-trump-anwar\/","title":{"rendered":"Isu perdagangan, krisis Gaza antara fokus perbincangan dengan Trump: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan membawa isu kepentingan perdagangan Malaysia serta keamanan global, termasuk krisis di Gaza, dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hujung minggu ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaburan dan perdagangan, serta menyampaikan pandangan peribadi beliau demi kebaikan Malaysia, AS dan dunia.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin menggunakan peluang ini sudah tentu, untuk melindungi kepentingan Malaysia dalam pelaburan perdagangan, juga untuk menyatakan beberapa pandangan peribadi tentang apa yang saya fikir baik untuk Malaysia, untuk AS, untuk dunia,\u201d katanya semasa Forum Ilmu PNB 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Mengenai isu Gaza, Anwar mengakui usaha yang dilakukan Trump setakat ini namun menekankan perlunya tindakan lebih mendalam untuk memastikan keadilan untuk rakyat Palestin.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti menerima hakikat Trump sudah melakukan tindakan besar dalam menghentikan pengeboman haram di Gaza.<\/p>\n<p>\u201cTetapi cabaran kita sudah tentu, adalah untuk memastikan keamanan berlaku, keadilan ditegakkan, dan akhirnya, kepentingan serta aspirasi dan hak diberikan kepada Palestin,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Turut dibangkitkan Anwar ialah peranan Malaysia dalam ASEAN yang berpaksikan prinsip pemusatan, bagi memastikan rantau ini kekal sebagai pusat dialog dan kerjasama global yang aktif.<\/p>\n<p>\u201cSebagai sebuah negara perdagangan, kami berkembang bukan sahaja dengan Eropah, Asia dan Amerika, tetapi juga dengan Amerika Latin dan Afrika Selatan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyebut kehadiran dua pemimpin penting buat kali pertama dalam rangka kerja rakan dialog ASEAN, iaitu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, dan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.<\/p>\n<p>Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini dijangka menyaksikan perhimpunan pemimpin dunia terbesar setakat ini, sekaligus menandakan penganjuran terbesar sejak edisi pertamanya pada 1976.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim akan membawa isu kepentingan perdagangan Malaysia serta keamanan global, termasuk krisis di Gaza, dalam pertemuannya dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bermula hujung minggu ini. Perdana Menteri berkata akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaburan dan perdagangan, serta menyampaikan pandangan peribadi beliau demi kebaikan Malaysia, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":359,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,13,221,1110,329,48,18],"authors":[],"class_list":["post-4413","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar","tag-asean","tag-donald-trump","tag-gaza","tag-lawatan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4413","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4413"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4413\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4414,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4413\/revisions\/4414"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4413"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4413"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4413"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4413"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}