{"id":4417,"date":"2025-10-22T04:50:34","date_gmt":"2025-10-22T04:50:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4417"},"modified":"2025-10-22T04:58:43","modified_gmt":"2025-10-22T04:58:43","slug":"kos-haji-2026-kekal-tabung-haji-salur-bantuan-kewangan-rm210-juta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kos-haji-2026-kekal-tabung-haji-salur-bantuan-kewangan-rm210-juta\/","title":{"rendered":"Kos haji 2026 kekal, Tabung Haji salur bantuan kewangan RM210 juta"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos haji untuk musim 1447H\/2026M dikekalkan dan tidak mengalami sebarang kenaikan berbanding musim sebelumnya.<\/p>\n<p>Keputusan ini dicapai meskipun berdepan dengan peningkatan kos pengurusan jemaah di Tanah Suci dengan anggaran bantuan kewangan disalurkan TH berjumlah RM210 juta bagi memastikan kos haji tidak membebankan jemaah.<\/p>\n<p>Bagi kumpulan B40, kadar bayaran kekal pada RM15,000 seorang, dengan TH menanggung baki kos termasuk bantuan kerajaan sebanyak RM1,000.<\/p>\n<p>Kumpulan M40 pula perlu membayar RM23,500, manakala kumpulan T20 akan menanggung kos penuh sebanyak RM33,300.<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, kejayaan mengekalkan kos ini adalah hasil perancangan strategik yang rapi.<\/p>\n<p>\u201cTH berkeyakinan dapat terus memberikan tahap perkhidmatan yang cemerlang. Kami akan berusaha mengekalkan kualiti perkhidmatan tinggi yang sentiasa diharapkan oleh jemaah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKami juga amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana mengekalkan bantuan RM1,000 bagi setiap jemaah B40,\u201d tambah Abdul Rashid.<\/p>\n<p>Pengekalan kos ini turut disokong oleh langkah proaktif TH seperti tempahan awal penginapan dan penerbangan, serta kontrak jangka panjang bagi melindungi jemaah daripada kesan inflasi.<\/p>\n<p>Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan secara berperingkat mulai 24 Oktober ini.<\/p>\n<p>TH turut menasihati bakal jemaah supaya mengemaskini maklumat peribadi dan memastikan simpanan mencukupi sekurang-kurangnya RM15,000 bagi melayakkan diri menerima tawaran atau membuat rayuan.<\/p>\n<p>Permohonan rayuan haji pula dibuka melalui platform THiJARI bermula 3 November.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan kos haji untuk musim 1447H\/2026M dikekalkan dan tidak mengalami sebarang kenaikan berbanding musim sebelumnya. Keputusan ini dicapai meskipun berdepan dengan peningkatan kos pengurusan jemaah di Tanah Suci dengan anggaran bantuan kewangan disalurkan TH berjumlah RM210 juta bagi memastikan kos haji tidak membebankan jemaah. Bagi kumpulan B40, kadar bayaran kekal pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2483,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[375,2125,681,2135,1314],"authors":[],"class_list":["post-4417","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-haji","tag-jemaah","tag-kos","tag-mekah","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4417","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4417"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4417\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4418,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4417\/revisions\/4418"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2483"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4417"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4417"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4417"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4417"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}