{"id":442,"date":"2025-05-29T04:07:21","date_gmt":"2025-05-29T04:07:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=442"},"modified":"2025-05-29T04:07:21","modified_gmt":"2025-05-29T04:07:21","slug":"rafizi-berlakon-sebenarnya-sudah-gagal-jadi-menteri-umno-johor-bahru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-berlakon-sebenarnya-sudah-gagal-jadi-menteri-umno-johor-bahru\/","title":{"rendered":"Rafizi berlakon, sebenarnya sudah gagal jadi menteri: UMNO Johor Bahru"},"content":{"rendered":"<p>UMNO Johor Bahru mengkritik peletakan jawatan Rafizi Ramli hanya sebagai lakonan politik untuk melarikan diri selepas kegagalan menggalas tanggungjawab sebagai menteri.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, langkah peletakan jawatan Rafizi itu hanya strategi mencipta persepsi semata-mata untuk mencuci tangan daripada kegagalannya.<\/p>\n<p>\u201cRakyat jangan mudah terpedaya. Inilah modus operandi bekas propaganda utama Pakatan Harapan (PH) yang cuba mencipta naratif kononnya beliau bermaruah, sedangkan sebenarnya ingin mencuci tangan daripada tanggungjawab yang tidak mampu ditunaikan.<\/p>\n<p>\u201cSetelah bertahun menyebar fitnah, menghasut rakyat serta menyerang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN), akhirnya apabila diberi peluang menjadi menteri, Rafizi gagal sepenuhnya,\u201d katanya dalam satu kenyataan .<\/p>\n<p>Menurutnya, tidak ada satu pun janji besar yang dicanang Rafizi ketika berkempen berjaya direalisasikan termasuk isu berkaitan kos sara hidup, kenaikan gaji dan reformasi ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cJika benar beliau berprinsip, kenapa tidak meletakkan jawatan lebih awal? Perdana Menteri sendiri tidak memecatnya.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan soal prinsip, sebaliknya beliau melarikan diri daripada beban yang tidak mampu dipikul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Solehin turut menyentuh pengakuan Rafizi sendiri yang menyatakan beliau tidak selesa dan tidak serasi memegang jawatan sebagai menteri.<\/p>\n<p>Justeru, beliau mengingatkan UMNO dan BN supaya tidak mudah terpedaya dengan naratif kononnya tindakan Rafizi itu berasaskan prinsip yang mulia.<\/p>\n<p>\u201cBukankah itu pengakuan kegagalan yang nyata? Rakyat memberi amanah, tetapi beliau menganggapnya sebagai beban. Di mana tanggungjawab terhadap negara?<\/p>\n<p>\u201cRafizi bukan wira, sebaliknya simbol kegagalan seorang pemimpin yang hanya pandai mencipta persepsi, tetapi gagal dalam penyampaian dasar.<\/p>\n<p>\u201cAkhirnya, watak Rafizi hanyalah seorang ahli politik yang petah berbicara, tetapi gagal bekerja. Bukan prinsip yang ditinggalkan, tetapi tanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO Johor Bahru mengkritik peletakan jawatan Rafizi Ramli hanya sebagai lakonan politik untuk melarikan diri selepas kegagalan menggalas tanggungjawab sebagai menteri. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Johor Bahru, Ahmad Solehin Abd Ghani berkata, langkah peletakan jawatan Rafizi itu hanya strategi mencipta persepsi semata-mata untuk mencuci tangan daripada kegagalannya. \u201cRakyat jangan mudah terpedaya. Inilah modus operandi bekas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":443,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[336,68,337,114,9,8,146],"authors":[],"class_list":["post-442","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-solehin-abd-ghani","tag-ekonomi","tag-johor-bahru","tag-letak-jawatan","tag-pkr","tag-rafizi","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/442","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=442"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/442\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":444,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/442\/revisions\/444"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/443"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=442"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=442"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=442"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=442"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}