{"id":4428,"date":"2025-10-22T07:53:39","date_gmt":"2025-10-22T07:53:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4428"},"modified":"2025-10-22T07:53:39","modified_gmt":"2025-10-22T07:53:39","slug":"parlimen-2354-kandungan-deepfake-dan-46966-kandungan-palsu-sejak-3-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/parlimen-2354-kandungan-deepfake-dan-46966-kandungan-palsu-sejak-3-tahun\/","title":{"rendered":"Parlimen: 2,354 kandungan &#8216;deepfake&#8217; dan 46,966 kandungan palsu sejak 3 tahun"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya menurunkan sebanyak 2,354 kandungan \u2018deepfake\u2019 serta 46,966 kandungan palsu yang disebarkan di platform digital dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2022.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, mendedahkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 3,074 permohonan penurunan kandungan deepfake telah dibuat, dengan 77 peratus daripadanya berjaya dikeluarkan.<\/p>\n<p>Bagi kandungan palsu pula, kadar kejayaan adalah lebih tinggi iaitu 85 peratus, daripada 55,218 permohonan yang dikemukakan.<\/p>\n<p>\u201cTindakan penurunan ini dibuat berdasarkan aduan yang diterima serta garis panduan komuniti yang ditetapkan oleh setiap platform, selaras dengan undang-undang tempatan,\u201d jelasnya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menekankan kerjasama yang erat dengan platform media sosial dan agensi penguat kuasa terus dipergiat bagi menangani ancaman penyebaran maklumat palsu, termasuk kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Nie Ching berkata, bagi memperkukuh pertahanan digital negara, kerajaan telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).<\/p>\n<p>\u201cAkta ini akan mengawal selia kandungan memudaratkan serta mewajibkan pemberi perkhidmatan untuk menyediakan pelan keselamatan dalam talian,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, MCMC sedang giat membangunkan peraturan-peraturan di bawah akta baharu tersebut. Selain itu, suruhanjaya itu juga mengkaji pelaksanaan kaedah pengesahan umur dan identiti pengguna.<\/p>\n<p>\u201cInisiatif ini adalah bagi memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak, daripada terdedah kepada kandungan yang memudaratkan di ruang dalam talian,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Langkah-langkah proaktif ini diambil bagi menangani kebimbangan awam terhadap penyalahgunaan teknologi AI untuk mencipta dan menyebarkan berita palsu serta memanipulasi imej dan suara yang boleh mengugat ketenteraman awam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah berjaya menurunkan sebanyak 2,354 kandungan \u2018deepfake\u2019 serta 46,966 kandungan palsu yang disebarkan di platform digital dalam tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2022. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, mendedahkan sehingga 15 Oktober lalu, sebanyak 3,074 permohonan penurunan kandungan deepfake telah dibuat, dengan 77 peratus daripadanya berjaya dikeluarkan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2346,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2138,49,184,16,36,309,33],"authors":[],"class_list":["post-4428","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-deepfake","tag-fahmi-fadzil","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-palsu","tag-parlimen","tag-teo-nie-ching"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4428","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4428"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4428\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4429,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4428\/revisions\/4429"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2346"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4428"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4428"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4428"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4428"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}