{"id":445,"date":"2025-05-29T04:16:28","date_gmt":"2025-05-29T04:16:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=445"},"modified":"2025-05-29T04:16:28","modified_gmt":"2025-05-29T04:16:28","slug":"pm-zahir-penghargaan-kepada-semua-pihak-menjayakan-sidang-asean-ke-46","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pm-zahir-penghargaan-kepada-semua-pihak-menjayakan-sidang-asean-ke-46\/","title":{"rendered":"PM zahir penghargaan kepada semua pihak menjayakan Sidang Asean Ke-46"},"content":{"rendered":"<p>Kecekapan, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua pihak menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-46, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata segala urusan berjalan lancar hasil komitmen luar biasa daripada jentera kerajaan, termasuk rakyat yang memahami keperluan Malaysia dalam menganjurkan sidang kemuncak berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya lihat di semua peringkat, anak-anak kita, penjawat awam, semuanya hebat. Dari lapangan terbang, perbarisan, polis, Imigresen, MAHB (Malaysia Airports Holdings Bhd), pengurusan hotel, Kementerian Luar yang menyelaraskan, (hingga) Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan protokol.<\/p>\n<p>\u201cSaya pun pening dengan protokol, tapi saya hormat apa yang pegawai arahkan perdana menteri.<\/p>\n<p>\u201cSaya ikut (semua aturan protokol), kenapa? Sebab kita negara yang ada peraturan dan bekerja sebagai pasukan,\u201d katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof.<\/p>\n<p>Sidang Kemuncak Asean ke-46 berakhir 27 Mei selepas beberapa siri pertemuan peringkat tinggi bertujuan memperkukuh kerjasama serantau dan perkongsian strategik.<\/p>\n<p>Sepanjang dua hari, pemimpin Asean menyertai beberapa mesyuarat penting termasuk Sidang Kemuncak Asean-GCC ke-2, Sidang Kemuncak Asean-GCC-China pertama, dan Sidang Kemuncak Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke-16.<\/p>\n<p>Anwar turut menyentuh tentang kerjasama pemimpin negara Asean dalam membuat keputusan kolektif tanpa menjejaskan kepentingan negara masing-masing.<\/p>\n<p>\u201c\u2026.kemudian kita kena putuskan tentang persefahaman dalam menghadapi tarif Presiden Trump (Presiden Amerika Syarikat Donald Trump). Setiap negara ada strategi masing-masing yang akan ada hubungan dua hala. Tetapi kita juga nak pertahankan kepentingan lebih 650 juta populasi negara Asean.<\/p>\n<p>\u201c\u2026dan jangan ada satu keputusan dibuat oleh Malaysia merugikan negara lain, atau yang dibuat oleh Vietnam (sebagai contoh) merugikan negara lain. Kita kerja sebagai pasukan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tema \u201cKeterangkuman dan Kemampanan\u201d menganjurkan Sidang Kemuncak Asean ke-46, menandakan kali kelima negara memegang jawatan pengerusi selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kecekapan, dedikasi dan semangat kerja berpasukan semua pihak menjadi faktor utama kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak Asean ke-46, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata segala urusan berjalan lancar hasil komitmen luar biasa daripada jentera kerajaan, termasuk rakyat yang memahami keperluan Malaysia dalam menganjurkan sidang kemuncak berkenaan. \u201cSaya lihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":446,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,221,320,38,222],"authors":[],"class_list":["post-445","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-asean","tag-gcc","tag-malaysia","tag-sidang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/445","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=445"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/445\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":447,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/445\/revisions\/447"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/446"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=445"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=445"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=445"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=445"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}