{"id":4474,"date":"2025-10-23T07:30:14","date_gmt":"2025-10-23T07:30:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4474"},"modified":"2025-10-23T07:50:15","modified_gmt":"2025-10-23T07:50:15","slug":"14-lokasi-dikenal-pasti-hotspot-gempa-bumi-piawaian-pembangunan-diperketat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/14-lokasi-dikenal-pasti-hotspot-gempa-bumi-piawaian-pembangunan-diperketat\/","title":{"rendered":"14 lokasi dikenal pasti \u2018hotspot\u2019 gempa bumi, piawaian pembangunan diperketat"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 14 kawasan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai \u2018hotspot\u2019 atau lokasi berisiko mengalami gegaran gempa bumi, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Johari Abdul Ghani.<\/p>\n<p>Lokasi ini didedahkan bagi menangani kebimbangan umum mengenai keselamatan bangunan dan kesediaan negara dalam menghadapi ancaman geologi, terutamanya memandangkan Malaysia turut merasai kesan gegaran daripada gempa bumi yang berpusat di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina dari semasa ke semasa.<\/p>\n<p>Menurut Johari, 14 kawasan tersebut ialah Ranau dan Lahad Datu di Sabah; Niah di Sarawak; Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang; Batang Kali dan Ulu Yam di Selangor; Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Kenyir di Terengganu; Manjung dan Temenggor di Perak; serta Mersing, Segamat dan Batu Pahat di Johor.<\/p>\n<p>Beliau menekankan pihak berkuasa kini mempunyai garis panduan khusus untuk pembangunan di kawasan berisiko.<\/p>\n<p>\u201cMana-mana pihak pemaju yang mahu membuat pembangunan di sesuatu kawasan, perlu melihat kepada kawasan panas berkenaan dan merujuk kepada standard yang ada,\u201d kaata Johari semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Rujukan utama tersebut adalah Malaysia National Annex to Eurocode 8 yang diterbitkan oleh Jabatan Standard Malaysia.<\/p>\n<p>Piawaian ini memastikan aspek reka bentuk, tahap gempa, dan langkah mitigasi kejuruteraan yang bersesuaian diambil kira dalam pembinaan bangunan.<\/p>\n<p>\u201cKita nak kumpul data-data ini, supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) di setiap negeri kita ini apabila dia nak meluluskan pembangunan dan sebagainya, kena merujuk kepada data geospatial,\u201d jelas beliau lagi.<\/p>\n<p>Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan untuk menguruskan risiko bencana dengan lebih sistematik, memastikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk di kawasan yang dikenal pasti mempunyai sejarah atau potensi aktiviti seismik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 14 kawasan di Malaysia telah dikenal pasti sebagai \u2018hotspot\u2019 atau lokasi berisiko mengalami gegaran gempa bumi, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Johari Abdul Ghani. Lokasi ini didedahkan bagi menangani kebimbangan umum mengenai keselamatan bangunan dan kesediaan negara dalam menghadapi ancaman geologi, terutamanya memandangkan Malaysia turut merasai kesan gegaran daripada gempa bumi yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1936,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2154,1098,862,2153,863],"authors":[],"class_list":["post-4474","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-berisiko","tag-gempa-bumi","tag-johari-abdul-ghani","tag-lokasi","tag-menteri-sumber-asli-dan-kelestarian-alam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4474","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4474"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4474\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4475,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4474\/revisions\/4475"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1936"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4474"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4474"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4474"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4474"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}