{"id":453,"date":"2025-05-29T11:33:29","date_gmt":"2025-05-29T11:33:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=453"},"modified":"2025-05-29T11:33:29","modified_gmt":"2025-05-29T11:33:29","slug":"kenapa-tak-jawab-isu-kewujudan-adendum-selepas-surat-dihantar-soal-shafee","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kenapa-tak-jawab-isu-kewujudan-adendum-selepas-surat-dihantar-soal-shafee\/","title":{"rendered":"Kenapa tak jawab isu kewujudan adendum selepas surat dihantar? soal Shafee"},"content":{"rendered":"<p>Peguam Najib Razak tampil mengkritik kerajaan susulan tiada jawapan diberikan berhubung pengesahan kewujudan titah adendum berkaitan tahanan rumah anak guamnya.<\/p>\n<p>Peguam, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sekurang-kurangnya tujuh surat yang dihantar kepada kerajaan bagi mengesahkan kewujudan titah adendum tetapi tidak ada satu pun yang dijawab.<\/p>\n<p>\u201cSekurang-kurang tujuh surat yang dikemukakan kepada individu atau institusi bagi memohon pengesahan titah adendum, tidak dijawab atau dimaklumkan bahawa surat itu telah diterima.<\/p>\n<p>\u201cKDN (Kementerian Dalam Negeri) yang bertanggungjawab terhadap dokumen tambahan itu harus menjawab surat tersebut, namun ia berdiam diri kerana dokumen itu memang wujud.<\/p>\n<p>\u201cKatalah ia tidak wujud, bukankah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjawab surat kami dan mengatakan bahawa dokumen tambahan ini tidak dikeluarkan dari segi fakta dan undang-undang?<\/p>\n<p>\u201cApa salahnya jika mereka memberitahu kami begitu?\u201d ujar beliau pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.<\/p>\n<p>Surat tersebut antaranya dihantar kepada Peguam Negara ketika itu, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Penjara, malah tidak dibalas bagi mengakui penerimaannya.<\/p>\n<p>Muhammad Shafee selanjutnya menyatakan, prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin dikemukakan kerana beliau tidak memberikan arahan yang betul kepada pegawainya berhubung kewujudan titah adendum.<\/p>\n<p>Ujar beliau, ketika prosiding di mahkamah, para pegawainya tidak pernah menafikan kewujudan titah tersebut sebaliknya menutup perkara itu dengan menyatakan kewujudannya tidak dapat dipastikan.<\/p>\n<p>Ujar beliau, semakan kehakiman bukan satu prosiding biasa kerana ia ditujukan kepada pegawai atau badan kerajaan.<\/p>\n<p>Kata beliau, individu atau badan kerajaan yang dinamakan dalam semakan kehakiman, sepatutnya menjelaskan secara jujur maklumat berkaitan dokumen yang disimpannya.<\/p>\n<p>\u201cMereka tidak boleh bermain `sorok-sorok\u2019 dan tidak boleh katakan `cuba teka sama ada ia wujud atau tidak\u2019 sebaliknya mereka wajib menjelaskan maklumat dan dokumen tersebut,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Pada 21 Mei lalu, bekas Perdana Menteri memfailkan prosiding komital terhadap Ahmad Terrirudin agar beliau dipenjarakan kerana menghina mahkamah berkaitan titah adendum.<\/p>\n<p>Permohonan bagi mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap hakim Mahkamah Persekutuan itu difailkan melalui Tetuan Shafee &amp; Co.<\/p>\n<p>Firma guaman itu melalui kenyataan minggu lalu berkata, Januari lalu, pihaknya memaklumkan telah mendapat arahan Najib untuk memfailkan permohonan penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Terrirudin.<\/p>\n<p>Ujar kenyataan itu, firma berkenaan melalui surat bertarikh 20 Januari lalu menggesa bekas Peguam Negara memberikan sebab mengapa beliau tidak patut dikenakan tindakan penghinaan mahkamah berhubung titah adendum.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peguam Najib Razak tampil mengkritik kerajaan susulan tiada jawapan diberikan berhubung pengesahan kewujudan titah adendum berkaitan tahanan rumah anak guamnya. Peguam, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa sekurang-kurangnya tujuh surat yang dihantar kepada kerajaan bagi mengesahkan kewujudan titah adendum tetapi tidak ada satu pun yang dijawab. \u201cSekurang-kurang tujuh surat yang dikemukakan kepada individu atau institusi bagi memohon [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":454,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[263,22,58,341,121,342],"authors":[],"class_list":["post-453","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adendum","tag-kdn","tag-mahkamah","tag-muhammad-shafee-abdullah","tag-najib","tag-peguam-negara"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/453","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=453"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/453\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":455,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/453\/revisions\/455"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/454"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=453"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=453"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=453"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=453"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}