{"id":4530,"date":"2025-10-25T08:20:19","date_gmt":"2025-10-25T08:20:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4530"},"modified":"2025-10-25T08:20:19","modified_gmt":"2025-10-25T08:20:19","slug":"asean-perkukuh-kerjasama-perangi-jenayah-siber-dan-rentas-sempadan-mohamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/asean-perkukuh-kerjasama-perangi-jenayah-siber-dan-rentas-sempadan-mohamad\/","title":{"rendered":"ASEAN perkukuh kerjasama perangi jenayah siber dan rentas sempadan: Mohamad"},"content":{"rendered":"<p>ASEAN kini mengguna pakai pendekatan yang lebih inovatif bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan siber yang kian meruncut, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, inisiatif Malaysia telah membawa kepada penubuhan Kumpulan Kerja mengenai Pengubahan Wang Haram di bawah Mesyuarat Pegawai Kanan mengenai Jenayah Transnasional (SOMTC), yang akan meningkatkan penyelarasan serantau memerangi jenayah kewangan dan rangkaian jenayah berasaskan siber.<\/p>\n<p>\u201cIsu keselamatan kompleks yang kita hadapi sangat mempengaruhi struktur masyarakat dan menimbulkan ancaman langsung kepada daya tahan ekonomi serta keselamatan negara.<\/p>\n<p>\u201cIni mengingatkan kita tentang kepentingan untuk mengukuhkan kerjasama dan usaha serantau,\u201d tegas Mohamad dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-30.<\/p>\n<p>Mohamad menyeru semua negara anggota memperkukuh tindakan kolektif bagi melindungi keamanan serantau, terutamanya ketika ASEAN beralih kepada Pelan Strategik 2045.<\/p>\n<p>Beliau menekankan keperluan untuk terus anjal dalam menghadapi cabaran keselamatan global yang semakin mencabar.<\/p>\n<p>\u201cMengukuhkan mekanisme kerjasama merentasi bidang pertahanan, penguatkuasaan undang-undang dan institusi undang-undang, adalah penting demi menjaga keamanan dan kestabilan serantau,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai kerjasama pertahanan, Mohamad menyatakanplatform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) telah berjaya memacu latihan bersama dan mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti keselamatan siber dan maritim.<\/p>\n<p>Beliau juga mendedahkan menteri-menteri pertahanan telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk pertahanan.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau turut memuji Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) atas usaha memperjuangkan hak kepada persekitaran yang sihat serta mengukuhkan perlindungan untuk mangsa pemerdagangan manusia.<\/p>\n<p>Ditambahnya, Perjanjian Ekstradisi ASEAN yang dinanti-nantikan kini di peringkat akhir dan dijangka ditandatangani bulan depan.<\/p>\n<p>Manakala, penubuhan Mesyuarat Agung Pendakwa\/Peguam Negara ASEAN (APAGM) dijangka akan melonjakkan lagi usaha memerangi jenayah rentas negara.<\/p>\n<p>Mohamad menggesa blok serantau itu agar kekal bersatu dan berpandangan ke hadapan dalam mengharungi landskap keselamatan global yang kompleks.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ASEAN kini mengguna pakai pendekatan yang lebih inovatif bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan siber yang kian meruncut, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Beliau berkata, inisiatif Malaysia telah membawa kepada penubuhan Kumpulan Kerja mengenai Pengubahan Wang Haram di bawah Mesyuarat Pegawai Kanan mengenai Jenayah Transnasional (SOMTC), yang akan meningkatkan penyelarasan serantau memerangi jenayah kewangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4531,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2184,221,1927,283,1561,2183],"authors":[],"class_list":["post-4530","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-apsc","tag-asean","tag-menteri-luar","tag-mohamad-hasan","tag-sidang-kemuncak","tag-somtc"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4530","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4532,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4530\/revisions\/4532"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4530"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}