{"id":4533,"date":"2025-10-25T08:34:28","date_gmt":"2025-10-25T08:34:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4533"},"modified":"2025-10-25T08:34:28","modified_gmt":"2025-10-25T08:34:28","slug":"adun-kuah-bidas-wan-fayhsal-sebagai-kacang-lupakan-kulit-tiada-kredibiliti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/adun-kuah-bidas-wan-fayhsal-sebagai-kacang-lupakan-kulit-tiada-kredibiliti\/","title":{"rendered":"ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai \u2018kacang lupakan kulit\u2019, tiada kredibiliti"},"content":{"rendered":"<p>Amar Pared Mahamud membidas bekas ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai tidak layak untuk bercakap mengenai soal Parti Bersatu kerana dirinya sendiri tidak mempunyai kredibiliti.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah itu mengkritik Wan Ahmad Fayhsal susulan kritikannya terhadap bekas partinya, Bersatu selepas digantung keahlian kerana melanggar disiplin.<\/p>\n<p>\u201cTindakan dan kenyataannya jelas memperlihatkan niat jahat serta agenda peribadi terhadap parti. Ia menyerlahkan sikap oportunis politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Amar Pared juga mendakwa Wan Ahmad Fayhsal tidak mempunyai pengaruh akar umbi, malah pemilihan bahagian pun tewas sebelum ini dan sering mencari jalan selamat dalam karier politiknya.<\/p>\n<p>\u201cKetika menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, beliau dilaporkan melobi untuk bertanding di beberapa kerusi Parlimen \u2018selamat\u2019 sebelum akhirnya memilih Machang.<\/p>\n<p>\u201cSelepas menang, beliau meninggalkan Bahagian Titiwangsa dan berpindah ke Machang, namun tewas dalam pemilihan bahagian yang lalu,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menuduh Wan Ahmad Fayhsal gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua Armada dengan tidak menyerahkan daftar perwakilan dan didakwa cuba memanipulasi proses tersebut.<\/p>\n<p>\u201cIndividu seperti Wan Ahmad Fayhsal tidak mempunyai asas moral mahupun kredibiliti untuk mengulas tentang Bersatu, apatah lagi untuk mengkritik kepimpinan Muhyiddin Yassin yang telah berjasa menaikkan beliau,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Amar Pared menegaskan kekuatan Bersatu terletak pada perpaduan ahli di bawah kepimpinan yang sah.<\/p>\n<p>\u201cHipokrasi dan kepura-puraan tidak akan mampu disembunyikan selama-lamanya. Tiada individu yang lebih besar daripada parti,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Amar Pared Mahamud membidas bekas ketua Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai tidak layak untuk bercakap mengenai soal Parti Bersatu kerana dirinya sendiri tidak mempunyai kredibiliti. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah itu mengkritik Wan Ahmad Fayhsal susulan kritikannya terhadap bekas partinya, Bersatu selepas digantung keahlian kerana melanggar disiplin. \u201cTindakan dan kenyataannya jelas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4534,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2186,2185,105,73,2187,198],"authors":[],"class_list":["post-4533","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun-kuah","tag-amar-pared-mahamud","tag-armada","tag-bersatu","tag-digantung-keahlian","tag-wan-ahmad-fayshal-wan-ahmad"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4533","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4533"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4533\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4535,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4533\/revisions\/4535"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4534"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4533"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4533"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4533"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4533"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}