{"id":4538,"date":"2025-10-25T08:45:34","date_gmt":"2025-10-25T08:45:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4538"},"modified":"2025-10-25T08:45:34","modified_gmt":"2025-10-25T08:45:34","slug":"polis-larang-perhimpunan-di-ampang-park-esok-jaga-kelancaran-sidang-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-larang-perhimpunan-di-ampang-park-esok-jaga-kelancaran-sidang-asean\/","title":{"rendered":"Polis larang perhimpunan di Ampang Park esok, jaga kelancaran Sidang ASEAN"},"content":{"rendered":"<p>Mana-mana perhimpunan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok dilarang sama sekali oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin keselamatan dan imej negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.<\/p>\n<p>Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat setelah penilaian keselamatan mendapati kawasan tersebut tidak sesuai untuk sebarang perhimpunan.<\/p>\n<p>\u201cAmpang Park dikategorikan sebagai kawasan zon merah kerana jaraknya kurang 50 meter daripada laluan protokol dan kawasan penginapan rasmi delegasi Sidang Kemuncak ASEAN, termasuk Hotel Intercontinental.<\/p>\n<p>\u201cAtas faktor keselamatan, imej negara serta kelancaran persidangan antarabangsa itu, polis tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan di kawasan berkenaan,\u201d katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut PDRM, maklumat yang diterima menunjukkan sehingga tiga perhimpunan, yang melibatkan kira-kira 1,000 hingga 1,500 peserta, dirancang di lokasi tersebut dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi.<\/p>\n<p>Perhimpunan itu difahamkan dianjurkan oleh gabungan pertubuhan yang prihatin isu Palestin sebagai bantahan terhadap kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.<\/p>\n<p>Fadil mendedahkan bahawa pihak polis telah mencadangkan lokasi alternatif seperti Dataran Merdeka atau Padang Merbok, namun penganjur didapati masih berhasrat meneruskan perhimpunan di Ampang Park.<\/p>\n<p>\u201cSekiranya perhimpunan tetap diadakan, ia bercanggah dengan arahan keselamatan dan tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang.\u201d<\/p>\n<p>Sambil menegaskan bahawa PDRM menghormati hak berhimpun, Fadil menekankan tanggungjawab semua pihak untuk mematuhi undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cPolis akan mengarahkan peserta bersurai serta mengawal keadaan bagi mengelak sebarang provokasi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sebagai persediaan, Polis Kuala Lumpur akan menggerakkan kekuatan penuh dengan bantuan anggota dari luar daerah bagi memastikan keselamatan ibu kota terpelihara sepanjang sidang kemuncak berlangsung.<\/p>\n<p>Orang ramai juga diminta bekerjasama dengan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas.<\/p>\n<p>\u201cSidang Kemuncak ASEAN ke-47 ini membawa imej negara di peringkat antarabangsa. Justeru, menjadi tanggungjawab bersama termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan untuk memastikan kelancaran acara penting ini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bertemakan \u201cKeterangkuman dan Kemampanan\u201d berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 26 hingga 28 Oktober ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mana-mana perhimpunan di kawasan Ampang Park, Jalan Ampang esok dilarang sama sekali oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjamin keselamatan dan imej negara sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47. Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata keputusan itu dibuat setelah penilaian keselamatan mendapati kawasan tersebut tidak sesuai untuk sebarang perhimpunan. \u201cAmpang Park dikategorikan sebagai kawasan zon [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":369,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2188,221,1110,43,661,222],"authors":[],"class_list":["post-4538","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ampang-park","tag-asean","tag-donald-trump","tag-pdrm","tag-perhimpunan","tag-sidang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4538","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4538"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4538\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4539,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4538\/revisions\/4539"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/369"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4538"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4538"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4538"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4538"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}