{"id":4579,"date":"2025-10-27T05:45:32","date_gmt":"2025-10-27T05:45:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4579"},"modified":"2025-10-27T05:45:32","modified_gmt":"2025-10-27T05:45:32","slug":"fam-lantik-bekas-ketua-hakim-negara-ketuai-siasatan-isu-pemain-warisan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fam-lantik-bekas-ketua-hakim-negara-ketuai-siasatan-isu-pemain-warisan\/","title":{"rendered":"FAM lantik bekas Ketua Hakim Negara ketuai siasatan isu pemain warisan"},"content":{"rendered":"<p>Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif bagi menangani isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya dengan melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas khas.<\/p>\n<p>Pelantikan tokoh kehakiman terkemuka negara itu bagi mengetuai siasatan dilihat sebagai usaha FAM untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam mengendalikan isu berkenaan.<\/p>\n<p>FAM dalam kenyataannya pada Isnin menegaska jawatankuasa tersebut dianggotai oleh individu yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan FAM bagi menjamin proses siasatan yang adil dan profesional.<\/p>\n<p>Menerusi kenyataan tersebut, FAM turut menggariskan rekabakat dan pengalaman luas Tun Md Raus dalam bidang kehakiman.<\/p>\n<p>Beliau memulakan kerjayanya dalam Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan pada 1976 dan pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Presiden Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2017.<\/p>\n<p>\u201cDi peringkat antarabangsa pula, Tun Md Raus memegang peranan terbilang sebagai Presiden Persatuan Mahkamah Perlembagaan Asia dan Institusi Setaraf,\u201d menurut kenyataan FAM itu.<\/p>\n<p>Langkah penubuhan jawatankuasa bebas ini diharap dapat menyiasat perkara itu secara tuntas dan mewujudkan keyakinan semua pihak terhadap pengurusan FAM, sekaligus memastikan masa depan bola sepak negara bergerak ke arah yang lebih baik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil langkah proaktif bagi menangani isu dokumentasi tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya dengan melantik bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bebas khas. Pelantikan tokoh kehakiman terkemuka negara itu bagi mengetuai siasatan dilihat sebagai usaha FAM untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam mengendalikan isu berkenaan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4580,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1850,1849,935,2192,2207],"authors":[],"class_list":["post-4579","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fam","tag-fifa","tag-ketua-hakim-negara","tag-pemain-warisan","tag-tun-md-raus-sharif"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4579","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4579"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4579\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4581,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4579\/revisions\/4581"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4580"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4579"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4579"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4579"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4579"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}