{"id":4606,"date":"2025-10-28T04:04:43","date_gmt":"2025-10-28T04:04:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4606"},"modified":"2025-10-28T04:04:43","modified_gmt":"2025-10-28T04:04:43","slug":"mcmc-jumpa-pengendali-media-sosial-minggu-depan-bincang-kaedah-pengesahan-identiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mcmc-jumpa-pengendali-media-sosial-minggu-depan-bincang-kaedah-pengesahan-identiti\/","title":{"rendered":"MCMC jumpa pengendali media sosial minggu depan bincang kaedah pengesahan identiti"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bakal mengadakan pertemuan penting dengan gergasi media sosial Meta, Google dan X di Singapura minggu depan.<\/p>\n<p>Pertemuan itu bertujuan membincangkan mekanisme terbaik untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna (eKYC) yang lebih selamat.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menekankan langkah ini penting bagi memastikan dokumen rasmi seperti MyKad dan pasport yang digunakan untuk eKYC tidak mengalami ketirisan maklumat.<\/p>\n<p>\u201cYang paling penting, kita perlu mencari mekanisme terbaik bagi menjamin keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan platform dalam talian dan melindungi mereka daripada ancaman seperti pedofilia.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, pelaksanaan proses eKYC adalah diperlukan,\u201d katanya semasa menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan terdahulu bertanya mengenai langkah kerajaan untuk mengekang akses media sosial dalam kalangan kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengenai keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang menyatakan perkataan \u2018jelik\u2019 dan \u2018menyakitkan hati\u2019 di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sebagai tidak berperlembagaan, Fahmi menjelaskan kerajaan menghormati keputusan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan sedang meneliti aspek perlembagaan dan undang-undang, dan atas nasihat Jabatan Peguam Negara, kami telah memfailkan permohonan kebenaran rayuan ke Mahkamah Persekutuan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menyeru semua pihak supaya menunggu keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cAdalah wajar semua pihak menunggu keputusan tersebut sebelum membuat apa-apa pendirian bagi mengelakkan spekulasi yang boleh mengganggu proses kehakiman serta isu subjudis,\u201d tegas Fahmi.<\/p>\n<p>Keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terpakai pada peruntukan Seksyen 233 sebelum pindaan Akta tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bakal mengadakan pertemuan penting dengan gergasi media sosial Meta, Google dan X di Singapura minggu depan. Pertemuan itu bertujuan membincangkan mekanisme terbaik untuk melaksanakan proses pengesahan identiti pengguna (eKYC) yang lebih selamat. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menekankan langkah ini penting bagi memastikan dokumen rasmi seperti MyKad dan pasport yang digunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,2224,16,2117,1687,309,1983,2223],"authors":[],"class_list":["post-4606","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-google","tag-mcmc","tag-menteri-komunikasi","tag-meta","tag-parlimen","tag-singapura","tag-x"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4606","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4606"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4606\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4607,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4606\/revisions\/4607"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4606"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4606"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4606"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4606"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}