{"id":4608,"date":"2025-10-28T04:10:31","date_gmt":"2025-10-28T04:10:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4608"},"modified":"2025-10-28T04:10:31","modified_gmt":"2025-10-28T04:10:31","slug":"perjanjian-dimerterai-semasa-sidang-asean-bukan-sekadar-atas-kertas-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perjanjian-dimerterai-semasa-sidang-asean-bukan-sekadar-atas-kertas-pmx\/","title":{"rendered":"Perjanjian dimerterai semasa sidang ASEAN bukan sekadar atas kertas: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan bermakna dengan rakan kongsi dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan perlu melangkaui sekadar perjanjian yang dimeterai di atas kertas.<\/p>\n<p>Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia akan sentiasa memantau pelaksanaan perjanjian tersebut bagi memastikan rakyat benar-benar meraih manfaat daripadanya.<\/p>\n<p>\u201cPendirian kita akan kekal berasaskan kepada prinsip keamanan, kemakmuran dan integriti, di samping bekerjasama dengan sahabat dan negara jiran.<\/p>\n<p>\u201cBersama-sama, kita akan merangka hala tuju yang memartabatkan tradisi kita, menjamin masa depan dan kesejahteraan rakyat Malaysia serta warga ASEAN,\u201d jelas Anwar menerusi satu catatan di media sosialnya.<\/p>\n<p>Mengenai lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Anwar menyifatkannya sebagai detik penting dalam mengukuhkan hubungan lama antara Putrajaya dengan Washington.<\/p>\n<p>\u201cPertemuan kami berlandaskan rasa hormat terhadap kepentingan bersama, memperbaharui dialog perdagangan, memperkukuh kerjasama rantaian bekalan dan mineral penting serta menegaskan semula peranan utama ASEAN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Anwar menegaskan lawatan itu membuktikan Malaysia mampu berperanan sebagai rakan yang neutral, boleh dipercayai dan efektif.<\/p>\n<p>\u201cMenghubungkan ekonomi, memudah cara dialog dan menyumbang kepada kestabilan. Pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Kemboja dan Thailand merupakan contoh jelas bahawa peranan diplomatik strategik kita memberi nilai,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada Trump atas komitmennya memajukan Pelan Damai Gaza.<\/p>\n<p>\u201cMesej saya jelas, Palestin harus selamat, merdeka dan berdaulat. Malaysia tetap teguh dengan prinsip kemanusiaan sejagat, memperjuangkan keamanan yang adil dan berkekalan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau menambah Malaysia akan terus memperkukuh solidariti ASEAN dan mengangkat martabat negara sebagai jambatan ke arah sebuah dunia yang aman, makmur dan bermaruah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan bermakna dengan rakan kongsi dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang kemuncak berkaitan perlu melangkaui sekadar perjanjian yang dimeterai di atas kertas. Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia akan sentiasa memantau pelaksanaan perjanjian tersebut bagi memastikan rakyat benar-benar meraih manfaat daripadanya. \u201cPendirian kita akan kekal berasaskan kepada prinsip keamanan, kemakmuran dan integriti, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4571,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,13,221,1110,38,2200,18,581],"authors":[],"class_list":["post-4608","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-anwar","tag-asean","tag-donald-trump","tag-malaysia","tag-perjanjian","tag-pmx","tag-presiden"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4608","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4608"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4608\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4609,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4608\/revisions\/4609"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4608"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4608"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4608"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4608"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}