{"id":4630,"date":"2025-10-28T10:51:17","date_gmt":"2025-10-28T10:51:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4630"},"modified":"2025-10-28T10:51:17","modified_gmt":"2025-10-28T10:51:17","slug":"malaysia-bebas-pilih-rakan-niaga-pmx-nafi-takut-dengan-amerika","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-bebas-pilih-rakan-niaga-pmx-nafi-takut-dengan-amerika\/","title":{"rendered":"Malaysia bebas pilih rakan niaga, PMX nafi takut dengan Amerika"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, menegaskan Malaysia tidak pernah gentar dengan mana-mana kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat, sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa sebaliknya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri memberikan contoh jelas dengan pemeteraian Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 yang baru sahaja ditandatangani sebagai bukti nyata menolak dakwaan Malaysia tunduk kepada Amerika Syarikat.<\/p>\n<p>\u201cJika kita takut dengan AS, mana mungkin kita &#8216;sign&#8217; dengan China,\u201d tegas Anwar semasa sidang media pada penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 hari ini.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 menjelaskan, pendirian Malaysia adalah sederhana dan berpusat, membolehkan negara berkawan dan berhubung dengan semua negara tanpa mengira blok.<\/p>\n<p>\u201cAda yang kata kita memihak kepada China, tetapi kita juga baik dengan AS. Mengapa terlalu iya menyambut AS?<\/p>\n<p>\u201cKita juga baik dengan Brazil dan Afrika Selatan. Hubungan baik dengan EU juga dijaga atas kepentingan perdagangan dan pelaburan,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap keputusan hubungan luar diambil dengan mempertimbangkan imej negara, ekonomi, pelaburan dan yang paling utama, manfaat kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan dibuat menjaga imej negara, ekonomi, pelaburan dan lebih penting menjamin manfaat kepada rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Anwar menekankan dasar luar Malaysia berasaskan prinsip saling menghormati dan maruah, bukan kekayaan sesebuah negara.<\/p>\n<p>\u201cKita berkawan bukan sebab negara itu kaya atau miskin, tapi kerana menghormati maruah dan kedaulatan mereka,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut berkongsi pengalamannya berunding dengan pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, bagi membela isu kemanusiaan.<\/p>\n<p>\u201cBila saya jumpa Presiden Donald Trump, saya nyatakan dengan jelas \u2014 hentikan serangan, hormati hak rakyat Palestin. Kita sampaikan terus, bukan sekadar jerit dari jauh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar menyifatkan pendekatan diplomasi Malaysia ini sebagai satu kebijaksanaan yang kini dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>Walaupun ada yang mendengki, beliau bangga kerana nama Malaysia kini harum di mata dunia.<\/p>\n<p>\u201cApa pun saya bangga kerana Malaysia kini harum namanya di mata dunia,\u201d tegasnya penuh keyakinan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim, menegaskan Malaysia tidak pernah gentar dengan mana-mana kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat, sambil menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa sebaliknya. Perdana Menteri memberikan contoh jelas dengan pemeteraian Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA) 3.0 yang baru sahaja ditandatangani sebagai bukti nyata menolak dakwaan Malaysia tunduk kepada Amerika Syarikat. \u201cJika kita takut dengan AS, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4631,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2237,821,13,221,189,1110,823,18],"authors":[],"class_list":["post-4630","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-acfta","tag-amerika-syarikat","tag-anwar","tag-asean","tag-china","tag-donald-trump","tag-perdagangan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4630","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4630"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4630\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4632,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4630\/revisions\/4632"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4631"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4630"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4630"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4630"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4630"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}