{"id":4633,"date":"2025-10-28T10:55:49","date_gmt":"2025-10-28T10:55:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4633"},"modified":"2025-10-28T10:55:49","modified_gmt":"2025-10-28T10:55:49","slug":"pengundi-baharu-selepas-ogos-tidak-layak-mengundi-prn-sabah-spr","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengundi-baharu-selepas-ogos-tidak-layak-mengundi-prn-sabah-spr\/","title":{"rendered":"Pengundi baharu selepas Ogos tidak layak mengundi PRN Sabah: SPR"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan rakyat Sabah yang baru disahkan sebagai pengundi berdaftar selepas bulan Ogos lalu tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah, keputusan ini berasaskan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan untuk pilihan raya tersebut, iaitu Daftar Pemilih Tambahan Bulan Ogos Tahun 2025 yang telah dikemas kini sehingga 5 Oktober 2025.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna hanya pemilih yang berdaftar sehingga Ogos lalu layak untuk mengundi.<\/p>\n<p>\u201cMereka yang mencapai usia 18 tahun dan didaftarkan selepas itu, termasuk pada September dan Oktober, tidak layak kerana nama mereka tidak tersenarai dalam DPPR yang digunakan,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan DPPR ini mengambil kira tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Oktober lalu, seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Hajiji Noor.<\/p>\n<p>\u201cPenjelasan ini penting bagi mengelak sebarang kekeliruan, terutamanya bagi pengundi yang baru mencapai usia majoriti tetapi tidak menemui nama dalam senarai,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau juga menyentuh mengenai pemilih yang telah meninggal dunia.<\/p>\n<p>\u201cJika ada pemilih berdaftar sehingga Ogos lalu yang meninggal dunia, nama mereka masih kekal dalam senarai DPPR kerana pembersihan nama hanya dilakukan selepas daftar sedia ada dikemas kini,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Berdasarkan DPPR yang digunakan, seramai 1,784,843 pemilih akan membuang undi dalam PRN kali ini.<\/p>\n<p>Jumlah ini menunjukkan peningkatan lebih 100,000 pengundi berbanding PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.<\/p>\n<p>Antara kerusi DUN yang mencatat jumlah pemilih tertinggi ialah Kapayan dengan 49,597 orang, diikuti Inanam (45,525) dan Karambunai (39,247).<\/p>\n<p>Sebaliknya, Banggi merekodkan jumlah pemilih terendah, iaitu hanya 9,484 orang.<\/p>\n<p>SPR akan mula menjual DPPR untuk rujukan umum mulai 1 November depan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan rakyat Sabah yang baru disahkan sebagai pengundi berdaftar selepas bulan Ogos lalu tidak layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 November ini. Menurut Ketua Program Latihan (Akademi Pilihan Raya) SPR, Nik Aminudin Nik Shahar Shah, keputusan ini berasaskan Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang digunakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2655,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2238,172,103,102,1394],"authors":[],"class_list":["post-4633","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-berdaftar","tag-pengundi","tag-prn","tag-sabah","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4633","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4633"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4633\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4635,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4633\/revisions\/4635"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4633"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4633"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4633"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4633"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}