{"id":4636,"date":"2025-10-28T11:00:14","date_gmt":"2025-10-28T11:00:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4636"},"modified":"2025-10-28T11:00:14","modified_gmt":"2025-10-28T11:00:14","slug":"dua-guru-didakwa-di-mahkamah-kes-rotan-murid-oku-agc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-guru-didakwa-di-mahkamah-kes-rotan-murid-oku-agc\/","title":{"rendered":"Dua guru didakwa di mahkamah kes rotan murid OKU: AGC"},"content":{"rendered":"<p>Dua orang guru dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang telah didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas tuduhan merotan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengakibatkan kecederaan.<\/p>\n<p>Pendakwaan ini difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 6 Oktober lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan AGC, keputusan untuk mendakwa berikutan siasatan mendapati wujud asas yang kukuh kedua-dua guru tersebut telah bertindak melampaui batasan peraturan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan ini dibuat setelah penelitian menyeluruh terhadap hasil siasatan yang mendapati terdapat asas yang mencukupi bahawa kedua-dua orang guru yang dituduh tersebut telah melakukan tindakan melampaui peraturan yang ditetapkan,\u201d jelas AGC.<\/p>\n<p>Tindakan pendakwaan ini ditekankan sebagai langkah untuk memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara.<\/p>\n<p>AGC menegaskan langkah ini tidak bertujuan merendahkan martabat profesion perguruan, sebaliknya diambil setelah pertimbangan mendalam termasuk memfokuskan hak dan kebajikan pelajar OKU yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cSetiap tindakan yang diambil adalah adil, seimbang dan berlandaskan prinsip undang-undang demi melindungi kepentingan semua pihak khususnya kanak-kanak dan golongan rentan,\u201d tambah kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Perkara ini mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) minggu lalu, apabila Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, mengesahkansatu siasatan menyeluruh sedang dijalankan berhubung aduan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan semua pihak yang terlibat telah dikenal pasti bagi memastikan isu ini ditangani secara komprehensif.<\/p>\n<p>Kejadian ini mula mendapat tumpuan setelah media tempatan melaporkan seorang pelajar perempuan OKU didakwa sering dibuli oleh seorang guru sehingga mengalami trauma.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua orang guru dari sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang telah didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown hari ini atas tuduhan merotan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) sehingga mengakibatkan kecederaan. Pendakwaan ini difailkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 6 Oktober lalu di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Menurut kenyataan AGC, keputusan untuk mendakwa berikutan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1370,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,737,1338,58,1175,773,2148],"authors":[],"class_list":["post-4636","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-dakwa","tag-guru","tag-mahkamah","tag-oku","tag-pelajar","tag-rotan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4636","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4636"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4636\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4637,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4636\/revisions\/4637"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1370"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4636"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4636"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4636"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4636"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}