{"id":4638,"date":"2025-10-28T11:10:26","date_gmt":"2025-10-28T11:10:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4638"},"modified":"2025-10-28T11:10:26","modified_gmt":"2025-10-28T11:10:26","slug":"fitnah-sekolah-pondok-menteri-agama-saman-rm10-juta-seorang-pengguna-fb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fitnah-sekolah-pondok-menteri-agama-saman-rm10-juta-seorang-pengguna-fb\/","title":{"rendered":"Fitnah sekolah pondok: Menteri Agama saman RM10 juta seorang pengguna FB"},"content":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar, mengambil tindakan terhadap satu penyebaran fitnah menerusi media sosial dengan mengemukakan notis tuntutan (LOD) bernilai RM10 juta terhadap seorang pengguna Facebook.<\/p>\n<p>Notis tuntutan itu, yang disediakan oleh firma guaman Messrs Akberdin &amp; Co, telah dialamatkan kepada Muhammad Hafiz Sahidi di Marang, Terengganu, berikutan beberapa hantaran yang didakwa memfitnah berhubung isu penutupan sekolah pondok di Kelantan dan Kedah.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Mohd Na\u2019im menuntut supaya Muhammad Hafiz menarik balik semua tuduhan tersebut serta memadamkan kenyataan fitnah itu daripada semua platform media sosial dalam tempoh 48 jam.<\/p>\n<p>Beliau juga menggesa individu berkenaan untuk menghentikan sebarang penerbitan lanjut yang bersifat memfitnah.<\/p>\n<p>\u201cDia dikehendaki membuat permohonan maaf tanpa syarat dan menyiarkannya di semua media sosial miliknya selama 30 hari,\u201d menurut kenyataan daripada peguam mewakili Mohd Na\u2019im.<\/p>\n<p>Tuntutan itu turut menyatakan Muhammad Hafiz diminta membuat tawaran pampasan yang munasabah kepada Mohd Na\u2019im bagi menampung kerosakan, penghinaan dan aib yang dialami.<\/p>\n<p>Sekiranya gagal mematuhi permintaan ini, Mohd Na\u2019im akan meneruskan tindakan undang-undang untuk mendapatkan injunksi dan ganti rugi berjumlah RM10 juta, termasuk kos guaman.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan fitnah tersebut sama sekali tidak benar dan merupakan satu serangan yang disengajakan serta berniat jahat, bertujuan menjejaskan keyakinan awam terhadap anak guam kami,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Pada 25 Oktober lalu, Mohd Na\u2019im tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah atau provokasi politik yang bertujuan menjatuhkan kredibilitinya dan kerajaan Madani, terutamanya yang melibatkan sensitiviti agama serta institusi pondok.<\/p>\n<p>Sebagai langkah awal, laporan polis telah dibuat pada 24 Oktober lepas, dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. B<\/p>\n<p>eliau turut memohon bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengenal pasti identiti sebenar penyebar fitnah tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na\u2019im Mokhtar, mengambil tindakan terhadap satu penyebaran fitnah menerusi media sosial dengan mengemukakan notis tuntutan (LOD) bernilai RM10 juta terhadap seorang pengguna Facebook. Notis tuntutan itu, yang disediakan oleh firma guaman Messrs Akberdin &amp; Co, telah dialamatkan kepada Muhammad Hafiz Sahidi di Marang, Terengganu, berikutan beberapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4639,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[291,578,576,2241,2239,2240,290],"authors":[],"class_list":["post-4638","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fitnah","tag-menteri-agama","tag-mohd-naim-mokhtar","tag-pengguna-facebook","tag-penutupan-sekolah","tag-pondok","tag-saman"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4638","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4638"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4638\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4640,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4638\/revisions\/4640"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4639"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4638"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4638"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4638"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4638"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}