{"id":4654,"date":"2025-10-29T06:07:02","date_gmt":"2025-10-29T06:07:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4654"},"modified":"2025-10-29T06:07:02","modified_gmt":"2025-10-29T06:07:02","slug":"kepentingan-negara-masih-dilindungi-dalam-perjanjian-art-dengan-as-zafrul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kepentingan-negara-masih-dilindungi-dalam-perjanjian-art-dengan-as-zafrul\/","title":{"rendered":"Kepentingan negara masih dilindungi dalam Perjanjian ART dengan AS: Zafrul"},"content":{"rendered":"<p>Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini tidak sekali-kali menggadai kedaulatan negara atau melanggar isu-isu garis merah negara.<\/p>\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz, menegaskan kerajaan tetap kukuh dengan pendirian mempertahankan kepentingan nasional dan tidak berganjak dalam isu-isu sensitif seperti hak Bumiputera, dasar perolehan kerajaan, serta liberalisasi ekuiti penuh dalam sektor strategik termasuk tenaga dan telekomunikasi.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada yang mendakwa kononnya kita \u2018jual negara\u2019, saya cabar mereka tunjuk satu klausa yang melanggar garis-garis merah ini. Satu pun tiada,\u201d tegas Zafrul di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, perjanjian itu sebaliknya mengandungi klausa yang menjamin kedaulatan negara, di mana pelaksanaannya berlandaskan kepentingan ekonomi domestik.<\/p>\n<p>Sebagai contoh, beliau merujuk kepada Artikel 5.1.1 yang tidak mewajibkan Malaysia mengikut sekatan AS terhadap negara lain secara membuta tuli.<\/p>\n<p>\u201cAS juga bersetuju supaya sebarang langkah menangani isu perdagangan harus melalui rundingan bagi mencapai kesefahaman bersama,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Zafrul berkata, kejayaan utama rundingan selama enam bulan ini ialah penurunan kadar tarif eksport Malaysia ke AS daripada 25 peratus kepada hanya 19 peratus.<\/p>\n<p>Beliau memberi amaran, tanpa perjanjian ini, Malaysia berisiko menghadapi kenaikan tarif yang jauh lebih tinggi.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan simbolik. Ini meletakkan Malaysia dalam kelompok kecil rakan kongsi utama Washington, dan ia memberi kita \u2018line of sight\u2019 terus kepada pelaburan teknologi tinggi dan pemindahan teknologi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Mengenai isu halal, Zafrul dengan tegas menyatakan ia masih sepenuhnya dibawah kawalan Jabatan Kemajian Islam Malaysia (JAKIM).<\/p>\n<p>\u201cStandard halal Malaysia ditentukan oleh Malaysia, disahkan oleh JAKIM, dan dipelihara oleh umat Islam di negara ini,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau mengakui rundingan ini bukanlah pilihan Malaysia, tetapi satu langkah perlu untuk menangani tindakan tarif unilateral AS.<\/p>\n<p>\u201cPerjanjian ini bukan cek kosong kepada AS, ianya pagar. Pagar yang kita bina supaya apa-apa tindakan selepas ini mesti melalui rundingan bukan ugutan unilateral,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai baru-baru ini tidak sekali-kali menggadai kedaulatan negara atau melanggar isu-isu garis merah negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz, menegaskan kerajaan tetap kukuh dengan pendirian mempertahankan kepentingan nasional dan tidak berganjak dalam isu-isu sensitif seperti hak Bumiputera, dasar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[821,2214,221,309,2246,355],"authors":[],"class_list":["post-4654","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika-syarikat","tag-art","tag-asean","tag-parlimen","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-tengku-zafrul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4654","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4654"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4654\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4655,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4654\/revisions\/4655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4654"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4654"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4654"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4654"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}