{"id":4656,"date":"2025-10-29T06:14:09","date_gmt":"2025-10-29T06:14:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4656"},"modified":"2025-10-29T06:14:09","modified_gmt":"2025-10-29T06:14:09","slug":"khaliq-mehtab-letak-jawatan-pengerusi-biro-perundangan-dan-perlembagaan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/khaliq-mehtab-letak-jawatan-pengerusi-biro-perundangan-dan-perlembagaan-bersatu\/","title":{"rendered":"Khaliq Mehtab letak jawatan Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, secara rasmi meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan parti itu.<\/p>\n<p>Langkah itu diambil susulan penamatan perkhidmatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu baru-baru ini.<\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan pada Rabu, Khaliq Mehtab merakamkan penghargaan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya dan menegaskan sepanjang tempoh perkhidmatannya telah melaksanakan amanah dengan penuh integriti dan komitmen terhadap perjuangan parti.<\/p>\n<p>Namun, beliau mengakui pemecatannya sebagai Ahli MPT adalah berikutan kedudukannya yang tidak menyokong sepenuhnya pendirian presiden dalam beberapa perkara.<\/p>\n<p>\u201cSaya menghormati keputusan tersebut, namun sebagai Ahli MPT yang dipilih untuk memperkukuh institusi parti, saya percaya hak untuk menyuarakan pandangan dan pendirian yang berbeza merupakan sebahagian daripada semangat demokrasi dalam parti yang kita cintai ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Khaliq Mehtab menyeru agar proses transisi kuasa dalam parti dilaksanakan dengan segera dan berhemah bagi mengukuhkan perpaduan serta hala tuju masa depan Bersatu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan pandangannya itu dilahirkan atas dasar kasih dan tanggungjawab terhadap parti, bukannya niat untuk menentang kepimpinan.<\/p>\n<p>Dalam kenyaataan yang sama, beliau turut menyampaikan harapan agar pelantikan masa depan ke MPT dibuat berdasarkan merit dan prinsip perjuangan.<\/p>\n<p>\u201cAkhir sekali, saya berharap agar pada masa akan datang, pelantikan ke Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dibuat berasaskan kebolehan, kredibiliti dan prinsip perjuangan, bukan sekadar untuk melahirkan barisan \u2018Yes Man\u2019,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>\u201cParti yang kuat terbina daripada kepelbagaian pandangan dan keberanian menyatakan kebenaran,\u201d ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Bahagian Bersatu Kepala Batas, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, secara rasmi meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Biro Perundangan dan Perlembagaan parti itu. Langkah itu diambil susulan penamatan perkhidmatannya sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu baru-baru ini. Dalam satu kenyataan pada Rabu, Khaliq Mehtab merakamkan penghargaan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, di atas kepercayaan yang diberikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4657,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,2247,2248,114,200,2249],"authors":[],"class_list":["post-4656","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-bersatu-kepala-batas","tag-khaliq-mehtab-mohd-ishaq","tag-letak-jawatan","tag-mpt","tag-pengerusi-biro-perundangan-dan-perlembagaan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4656","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4656"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4656\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4658,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4656\/revisions\/4658"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4657"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4656"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4656"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4656"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4656"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}