{"id":4664,"date":"2025-10-29T09:59:08","date_gmt":"2025-10-29T09:59:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4664"},"modified":"2025-10-29T09:59:15","modified_gmt":"2025-10-29T09:59:15","slug":"fahmi-dakwaan-malaysia-jual-kedaulatan-kepada-as-tidak-benar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-dakwaan-malaysia-jual-kedaulatan-kepada-as-tidak-benar\/","title":{"rendered":"Fahmi: Dakwaan Malaysia jual kedaulatan kepada AS tidak benar"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan mengatakan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) menggugat kedaulatan negara adalah sama sekali tidak berasas.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan setiap perjanjian yang dimeterai kerajaan melalui penelitian rapi termasuk daripada Jabatan Peguam Negara bagi memastikan kepentingan negara terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cTidak mungkin Kabinet atau Jemaah Menteri akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang menjejaskan kedaulatan negara. Semua perjanjian akan diteliti oleh AGC terlebih dahulu,\u201d tegas Fahmi pada Majlis Jasamu Dikenang Kementerian Komunikasi 2025 hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi dengan tegas menyangkal tohmahan yang didakwa disebarkan oleh pihak tertentu, sambil menegaskan kedaulatan negara tidak pernah tergadai melalui sebarang perjanjian.<\/p>\n<p>\u201cMana mungkin Malaysia sampai ke tahap menjual kedaulatan negara? Ini mustahil. Satu-satunya ketika ia tercabar ialah sewaktu Pulau Batu Puteh dilepaskan, dan itu amat dikesali. Selain daripada itu, tidak pernah berlaku,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Perjanjian tersebut yang dimeterai pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Ahad lepas bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, memperluas akses pasaran dan meningkatkan daya tahan rantaian bekalan.<\/p>\n<p>Melalui perjanjian ini, Malaysia bersetuju memberi akses pasaran keutamaan kepada eksport barangan perindustrian AS termasuk bahan kimia, jentera dan kenderaan penumpang, serta produk pertanian seperti tenusu dan ayam itik.<\/p>\n<p>Sebagai balasan, AS akan mengekalkan tarif pada kadar 19 peratus terhadap barangan Malaysia, dengan beberapa produk terpilih menikmati kadar sifar peratus.<\/p>\n<p>Malaysia turut bersetuju untuk tidak mengenakan larangan terhadap eksport mineral penting dan unsur nadir bumi ke AS, selain bekerjasama dengan syarikat Amerika untuk menjamin kestabilan pengeluaran.<\/p>\n<p>Sidang kemuncak tersebut menandakan kemuncak Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025, sebelum Filipina mengambil alih kepengerusian bermula 1 Januari 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan mengatakan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) menggugat kedaulatan negara adalah sama sekali tidak berasas. Beliau menjelaskan setiap perjanjian yang dimeterai kerajaan melalui penelitian rapi termasuk daripada Jabatan Peguam Negara bagi memastikan kepentingan negara terpelihara. \u201cTidak mungkin Kabinet atau Jemaah Menteri akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang menjejaskan kedaulatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3835,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[605,2214,221,112,184,2200,2246],"authors":[],"class_list":["post-4664","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika","tag-art","tag-asean","tag-fahmi","tag-komunikasi","tag-perjanjian","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4664"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4666,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4664\/revisions\/4666"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3835"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4664"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}