{"id":4675,"date":"2025-10-30T03:55:05","date_gmt":"2025-10-30T03:55:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4675"},"modified":"2025-10-30T03:55:05","modified_gmt":"2025-10-30T03:55:05","slug":"pmx-dinobat-antara-10-tokoh-muslim-paling-berpengaruh-di-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-dinobat-antara-10-tokoh-muslim-paling-berpengaruh-di-dunia\/","title":{"rendered":"PMX dinobat antara 10 tokoh Muslim paling berpengaruh di dunia"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Muslim paling berpengaruh di peringkat global apabila dinamakan dalam senarai \u2018The World\u2019s 500 Most Influential Muslims\u2019 edisi 2026.<\/p>\n<p>Beliau menduduki tangga ke-10 keseluruhan, naik empat anak tangga daripada kedudukan ke-15 yang dicapai pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>Pengiktirafan ini menobatkan Anwar dalam kalangan 50 tokoh teratas, sebaris dengan pemimpin dunia lain seperti Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani di tangga pertama, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz (kelapan) dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto (kelima belas).<\/p>\n<p>Laporan yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Strategik Diraja Islam (RISSC) Jordan itu turut meletakkan Anwar di tangga ketujuh dalam kategori \u2018Pemimpin dan Ahli Politik Islam Paling Berpengaruh\u2019, mengatasi beberapa nama besar yang lain.<\/p>\n<p>Menurut RISSC, penilaian ini dibuat berdasarkan kemampuan individu untuk membawa perubahan ketara dalam dunia Islam sama ada dari sudut politik, budaya, atau ideologi.<\/p>\n<p>Pengaruh beliau dalam arena antarabangsa turut diperhatikan dan menjadi penilaian laporan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cAnwar memainkan peranan penting dalam meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja, sekaligus mengukuhkan imej Malaysia sebagai pengantara keamanan yang konstruktif di Asia Tenggara,\u201d petik laporan tersebut.<\/p>\n<p>Di samping itu, laporan itu juga mengetengahkan suara lantang Anwar dalam isu Palestin.<\/p>\n<p>\u201cBeliau juga penyokong tegas hak rakyat Palestin untuk menentang pendudukan,\u201d menurut penerbitan berkenaan.<\/p>\n<p>Laporan itu turut memuatkan reaksi Anwar terhadap tindakan Meta memadamkan catatan takziahnya pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah ini menjadi mesej jelas dan tegas kepada Meta: hentikan sikap pengecut ini dan berhenti bertindak sebagai alat rejim Zionis Israel yang menindas.\u201d<\/p>\n<p>Kenaikan kedudukan Anwar dalam senarai berprestij ini dilihat sebagai cerminan pengiktirafan antarabangsa yang semakin kukuh terhadap kepimpinannya serta usaha beliau dalam menjangkatkan nama Malaysia di persada global.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, telah diiktiraf sebagai salah seorang tokoh Muslim paling berpengaruh di peringkat global apabila dinamakan dalam senarai \u2018The World\u2019s 500 Most Influential Muslims\u2019 edisi 2026. Beliau menduduki tangga ke-10 keseluruhan, naik empat anak tangga daripada kedudukan ke-15 yang dicapai pada tahun sebelumnya. Pengiktirafan ini menobatkan Anwar dalam kalangan 50 tokoh teratas, sebaris [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,985,197,18,2254,2253],"authors":[],"class_list":["post-4675","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-palestin","tag-perdana-menteri","tag-pmx","tag-pusat-kajian-strategik-diraja-islam","tag-the-worlds-500-most-influential-muslims"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4675","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4675"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4676,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4675\/revisions\/4676"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4675"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}