{"id":4689,"date":"2025-10-30T06:04:35","date_gmt":"2025-10-30T06:04:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4689"},"modified":"2025-10-30T06:04:35","modified_gmt":"2025-10-30T06:04:35","slug":"lebih-1300-scammer-ditangkap-dalam-operasi-khas-jsjk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lebih-1300-scammer-ditangkap-dalam-operasi-khas-jsjk\/","title":{"rendered":"Lebih 1,300 \u2018scammer\u2019 ditangkap dalam Operasi Khas JSJK"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 1,303 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan atau \u2018\u2019scammer telah berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu seluruh negara yang dikenali sebagai Operasi Mule National Scam Respon Centre (Op Mule NSRC).<\/p>\n<p>Operasi selama enam hari itu dijalankan dari 22 hingga 28 September lalu.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Rusdi Mohd Isa semasa taklimat media di Menara KPJ hari ini, mendedahkan jumlah sasaran tangkapan asal ialah seramai 2,062 suspek.<\/p>\n<p>\u201cDalam Op Mule NSRC ini, kita mempunyai 2,062 sasaran tangkapan seluruh negara, namun kita berjaya memberkas 1,303 individu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, tangkapan terbesar dicatatkan di Sarawak dengan 272 individu, diikuti oleh Sabah (200), Kuala Lumpur (137), dan Selangor (115). Sebanyak 778 kertas siasatan telah dibuka hasil daripada operasi tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDaripada 778 kertas siasatan dibuka terhadap semua tangkapan terbabit, sebanyak 270 berjaya dituduh di mahkamah, manakala 312 lagi dalam siasatan,\u201d jelas Rusdi.<\/p>\n<p>Siasatan terhadap semua suspek dijalankan mengikut beberapa seksyen dalam Kanun Keseksaan termasuk Seksyen 420.<\/p>\n<p>Objektif utama operasi ini adalah untuk melaksanakan serbuan, tangkapan, dan rampasan terhadap ahli sindiket \u2018akaun keldai\u2019 yang terlibat dalam penipuan dalam talian.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, JSJK turut melancarkan Operasi Merpati Khas (Op Merpati Khas 01\/2025) yang berlangsung dari 2 hingga 12 September lalu.<\/p>\n<p>Operasi ini menyaksikan 820 individu ditahan, termasuk empat warga asing.<\/p>\n<p>\u201cSemua 790 individu yang ditahan adalah pemilik akaun keldai yang digunakan untuk penipuan e-dagang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Operasi itu membabitkan nilai kerugian mangsa mencecah RM11.59 juta, dengan 275 kertas siasatan telah dituduh di mahkamah setakat ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 1,303 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti penipuan atau \u2018\u2019scammer telah berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu seluruh negara yang dikenali sebagai Operasi Mule National Scam Respon Centre (Op Mule NSRC). Operasi selama enam hari itu dijalankan dari 22 hingga 28 September lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Rusdi Mohd Isa semasa taklimat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4690,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[569,2262,43,2261,1724,2260],"authors":[],"class_list":["post-4689","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-jenayah","tag-op-mule-nsrc","tag-pdrm","tag-rusdi-mohd-isa","tag-scammer","tag-siasatan-jenayah-komersial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4689","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4689"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4689\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4691,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4689\/revisions\/4691"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4690"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4689"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4689"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4689"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4689"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}