{"id":4692,"date":"2025-10-30T06:08:28","date_gmt":"2025-10-30T06:08:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4692"},"modified":"2025-10-30T06:08:28","modified_gmt":"2025-10-30T06:08:28","slug":"kerajaan-salur-rm20-bilion-bantu-rakyat-keluar-daripada-kemiskinan-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-salur-rm20-bilion-bantu-rakyat-keluar-daripada-kemiskinan-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan salur RM20 Bilion bantu rakyat keluar daripada kemiskinan: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan kewangan bernilai hampir RM20 bilion bagi menangani isu jurang pendapatan dan kemiskinan tegar di negara ini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan sebahagian besar peruntukan besar itu disalurkan melalui inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mencecah RM15 bilion, diikuti dengan bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM3.1 bilion.<\/p>\n<p>Beliau menekankan langkah ini, ditambah dengan pelaksanaan dasar gaji minimum yang dinaikkan kepada RM1,700, adalah bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan relatif dan merapatkan jurang ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cJadi ini sekali lagi saya tegaskan untuk mengurangkan kesenjangan yang kian melebar antara golongan kaya dan miskin.<\/p>\n<p>\u201cItu yang kita lakukan dan saya harap ada upaya lagi (dari kerajaan) untuk meningkatkan (bantuan kewangan) sebaik saja keadaan ekonomi lebih meyakinkan,\u201d jelas Anwar semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai kemajuan menangani isu kemiskinan, beliau menyatakan bahawa kadar kemiskinan tegar menunjukkan tren menggalakkan dan dianggarkan sekitar 0.09 peratus pada masa ini.<\/p>\n<p>Anwar turut menegaskan kejayaan ini adalah hasil usaha kolektif dan bukan semata-mata sumbangan kerajaan pusat.<\/p>\n<p>\u201cKalau tinggal 0.09 peratus, itu kemiskinan tegar. Itu umpamanya angka awal tahun. Sekarang jumlah yang tersenarai semua diselesaikan bukan oleh Kerajaan Persekutuan saja, ada kerjasama kerajaan negeri dan majlis agama Islam negeri,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau yakin dengan keupayaan sedia ada, isu kemiskinan tegar dapat ditangani secara berkesan, sambil merujuk kepada data eKasih yang menunjukkan pengurangan bilangan isi rumah miskin tegar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan kewangan bernilai hampir RM20 bilion bagi menangani isu jurang pendapatan dan kemiskinan tegar di negara ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan sebahagian besar peruntukan besar itu disalurkan melalui inisiatif seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mencecah RM15 bilion, diikuti dengan bantuan di bawah Jabatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2100,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,944,2263,2264,1229,287,18,1004,946],"authors":[],"class_list":["post-4692","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bantuan","tag-ekasih","tag-jkm","tag-kemiskinan","tag-kewangan","tag-pmx","tag-sara","tag-str"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4692","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4692"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4692\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4693,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4692\/revisions\/4693"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4692"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}