{"id":4699,"date":"2025-10-30T07:46:23","date_gmt":"2025-10-30T07:46:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4699"},"modified":"2025-10-30T07:46:23","modified_gmt":"2025-10-30T07:46:23","slug":"kempen-internet-selamat-disasarkan-capai-10000-sekolah-tahun-depan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kempen-internet-selamat-disasarkan-capai-10000-sekolah-tahun-depan-fahmi\/","title":{"rendered":"Kempen Internet Selamat disasarkan capai 10,000 sekolah tahun depan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kempen Internet Selamat (KIS) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun 2026, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Setakat pertengahan Oktober tahun ini, kempen tersebut telah berjaya diadakan di 6,000 buah sekolah di seluruh negara, sementara bagi negeri Pahang, hampir 400 sekolah telah pun menyertai kempen berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cHasrat saya, menjelang tahun depan, kita dapat menamatkan pelaksanaan kempen ini di semua sekolah, bukan sahaja di Pahang tetapi di seluruh negara,\u201d kata Fahmi ketika berucap pada majlis perasmian Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Raub Indah, hari ini.<\/p>\n<p>Ke arah usaha memperkukuhkan pendidikan keselamatan internet, kementerian akan melantik Ikon Kapten Kadet di sekolah-sekolah.<\/p>\n<p>\u201cMereka akan membantu menyampaikan maklumat berkaitan keselamatan internet secara berkala semasa perhimpunan mingguan, termasuk mengenai ancaman jenayah dalam talian terkini serta dasar kerajaan seperti had penggunaan media sosial untuk individu bawah 16 tahun,\u201d jelas beliau.<\/p>\n<p>Selain kempen kesedaran, inisiatif pembangunan infrastruktur turut dilaksanakan.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan projek Point of Presence (PoP) di 170 buah sekolah di Pahang bagi memperluaskan capaian jalur lebar.<\/p>\n<p>\u201cProjek ini baru sahaja selesai proses tender dan kerja-kerja dijadualkan bermula pada Januari 2026. Sebelum ini, sebanyak 17 sekolah di bawah fasa pertama telah siap dilaksanakan,\u201d tambah Fahmi.<\/p>\n<p>Beliau juga berkongsi pemasangan kemudahan Wi-Fi akan diteruskan bagi memastikan capaian internet yang lebih baik untuk warga sekolah.<\/p>\n<p>Usaha bersama dengan Kementerian Pendidikan untuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah, terutamanya sekolah berasrama penuh di Pahang, juga sedang dirancang dan dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kempen Internet Selamat (KIS) dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya di 10,000 sekolah di seluruh negara menjelang suku ketiga tahun 2026, menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Setakat pertengahan Oktober tahun ini, kempen tersebut telah berjaya diadakan di 6,000 buah sekolah di seluruh negara, sementara bagi negeri Pahang, hampir 400 sekolah telah pun menyertai kempen berkenaan. \u201cHasrat saya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2417,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,690,2071,16,974],"authors":[],"class_list":["post-4699","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-kementerian-komunikasi","tag-kempen-internet-selamat","tag-mcmc","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4699","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4699"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4699\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4700,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4699\/revisions\/4700"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2417"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4699"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4699"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4699"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4699"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}