{"id":4714,"date":"2025-10-31T03:38:03","date_gmt":"2025-10-31T03:38:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4714"},"modified":"2025-10-31T03:38:08","modified_gmt":"2025-10-31T03:38:08","slug":"pemuda-mca-bidas-menteri-dap-ugut-wartawan-hanya-kerana-bertanya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-mca-bidas-menteri-dap-ugut-wartawan-hanya-kerana-bertanya\/","title":{"rendered":"Pemuda MCA bidas Menteri DAP ugut wartawan hanya kerana bertanya"},"content":{"rendered":"<p>Pemuda MCA membidas tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang didakwa mengugut seorang wartawan semasa sidang media baru-baru ini.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong meluahkan kekesalan terhadap insiden itu dan memandang serius tingkah laku menteri berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Neow, tindakan menghina dan mengugut wartawan adalah sama sekali tidak wajar, tidak beradab, serta bercanggah dengan semangat Kerajaan Madani yang menjunjung tinggi keterbukaan dan kebertanggungjawaban.<\/p>\n<p>\u201cSebagai seorang pemimpin, beliau sepatutnya menghormati peranan media sebagai rakan semak dan imbang dalam memastikan pentadbiran yang telus dan berintegriti,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau mengulas kejadian semasa sidang media Kor Ming semasa majlis pra pelancaran projek \u201cI Lite U\u201d baru-baru ini semasa seorang wartawan Utusan Malaysia bertanya mengapa program tersebut menggunakan bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Kebangsaan.<\/p>\n<p>Kor Ming pada mulanya menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris adalah sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa, bagaimanapun, suasana berubah apabila menteri itu bertanya tempat wartawan berkenaan bekerja.<\/p>\n<p>Selepas mengetahui wartawan itu dari Utusan Malaysia, Kor Ming dengan muka serius menyatakan, \u201cI will remember, I will call your chief editors\u201d.<\/p>\n<p>Choo Seong membidas pihak yang dahulunya mendesak kebebasan media kini bertindak menekan suara wartawan.<\/p>\n<p>\u201cDahulu sebelum mendapat kuasa, kamu juga yang berguling-guling di atas jalan raya mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media. Sekarang apabila sudah berkuasa, kamu mengamalkan dasar intimidasi,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Choo Seong menegaskan seorang pemimpin seharusnya menunjukkan ketenangan, kebijaksanaan, dan rasa hormat terhadap pengamal media.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin yang berani tidak gentar pada soalan, kerana kebenaran tidak memerlukan ugutan untuk dipertahankan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau menyeru semua pemimpin kerajaan menghormati prinsip kebebasan bersuara dan tidak menyalahgunakan kedudukan untuk menekan media, kerana rakyat sentiasa menilai setiap tindakan dan tutur kata pemimpin mereka.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemuda MCA membidas tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang didakwa mengugut seorang wartawan semasa sidang media baru-baru ini. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong meluahkan kekesalan terhadap insiden itu dan memandang serius tingkah laku menteri berkenaan. Menurut Neow, tindakan menghina dan mengugut wartawan adalah sama sekali tidak wajar, tidak beradab, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1434,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,207,180,383,204,171,474,592],"authors":[],"class_list":["post-4714","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-kpkt","tag-mca","tag-neow-choo-seong","tag-nga-kor-ming","tag-pemuda","tag-pengamal-media","tag-sidang-media"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4714","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4714"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4714\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4715,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4714\/revisions\/4715"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1434"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4714"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4714"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4714"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4714"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}