{"id":472,"date":"2025-05-30T08:03:55","date_gmt":"2025-05-30T08:03:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=472"},"modified":"2025-05-30T08:03:55","modified_gmt":"2025-05-30T08:03:55","slug":"malaysia-sokong-kenyataan-tokyo-2025-fahmi-kongsi-kejayaan-polisi-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-sokong-kenyataan-tokyo-2025-fahmi-kongsi-kejayaan-polisi-negara\/","title":{"rendered":"Malaysia sokong Kenyataan Tokyo 2025, Fahmi kongsi kejayaan polisi negara"},"content":{"rendered":"<p>Komitmen penuh diberikan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Kenyataan Tokyo 2025 bagi menyediakan pembangunan teknologi yang sama rata dan menyeluruh.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata aspirasi itu memberi penekanan kepada usaha membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan bagi memajukan rantau Asia Pasifik yang saling terhubung, serta memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>\u201cSaya telah nyatakan sokongan penuh Malaysia terhadap Kenyataan Tokyo 2025 yang akan dilancarkan sempena Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity, khususnya dalam membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan untuk Asia Pasifik.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia komited memastikan akses sejagat, kesaksamaan teknologi dan kelestarian alam sekitar dalam ruang digital,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Fahmi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT-MM) 2025 yang berlangsung di Tokyo bermula 30 hingga 31 Mei 2025.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Fahmi juga berkongsi kejayaan negara dalam memastikan capaian internet terbaik diberikan kepada orang ramai dengan langkah-langkah yang diperkenalkan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cMenerusi sesi bersama Menteri bertajuk \u2018Sustainable Digital Infrastructure and Accessibility\u2019, saya tekankan usaha berterusan Kerajaan<br \/>\nMADANI dalam memperkukuh capaian dan keterangkuman teknologi di peringkat nasional.<\/p>\n<p>\u201cMelalui inisiatif seperti JENDELA, negara telah memperluas capaian internet berkelajuan tinggi ke lebih 9.03 juta premis dan meningkatkan liputan 5G ke lebih 82% kawasan berpenduduk.<\/p>\n<p>\u201cIni menyumbang kepada kemajuan keterangkuman digital, dengan kelajuan jalur lebar mudah alih mencapai purata 105.36 Mbps dan liputan internet 98.66% pada suku keempat 2024,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Fahmi berkata Kerajaan MADANI juga akan berkongsi pendekatan menyeluruh dan proaktif Malaysia dalam membina persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai.<\/p>\n<p>Langkah itu merangkumi penekanan terhadap keperluan perundangan keselamatan siber yang kukuh, kempen keselamatan dalam talian, serta rangka kerja kawal selia bagi memastikan akauntabiliti penyedia platform dalam talian, katanya.<\/p>\n<p>&#8220;Mesyuarat ini merupakan platform penting untuk merangka dasar serta strategi bersama ke arah pembangunan digital yang inklusif, mampan dan selamat di rantau Asia Pasifik.<\/p>\n<p>&#8220;Pada masa sama, ia menjadi pentas kerjasama pelbagai hala di rantau yang sedang pesat membangun dari segi teknologi, serta menyokong negara-negara membangun dalam aspek teknikal, kapasiti dan kawal selia ICT,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>APT merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1979 melalui kerjasama antara Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)<\/p>\n<p>Bertemakan \u201cHarnessing Emerging Technologies for Sustainable, Inclusive and Equitable Digital Transformation in the Asia-Pacific\u201d, APT-MM 2025 menghimpunkan 31 negara anggota serta 19 ahli gabungan terdiri daripada pihak kerajaan, pihak pengawal selia dan agensi swasta dari rantau Asia-Pasifik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Komitmen penuh diberikan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap Kenyataan Tokyo 2025 bagi menyediakan pembangunan teknologi yang sama rata dan menyeluruh. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata aspirasi itu memberi penekanan kepada usaha membina infrastruktur digital yang berdaya tahan, inklusif dan mampan bagi memajukan rantau Asia Pasifik yang saling terhubung, serta memanfaatkan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":473,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[353,112,352,184,38],"authors":[],"class_list":["post-472","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-asia-pacific-telecommunity","tag-fahmi","tag-kenyataan-tokyo-2025","tag-komunikasi","tag-malaysia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/472","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=472"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/472\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":474,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/472\/revisions\/474"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/473"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=472"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=472"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=472"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=472"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}