{"id":4733,"date":"2025-10-31T08:08:28","date_gmt":"2025-10-31T08:08:28","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4733"},"modified":"2025-10-31T08:08:28","modified_gmt":"2025-10-31T08:08:28","slug":"pendirian-kerajaan-adalah-wartawan-berhak-bertanya-apa-jua-soalan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendirian-kerajaan-adalah-wartawan-berhak-bertanya-apa-jua-soalan-fahmi\/","title":{"rendered":"Pendirian kerajaan adalah wartawan berhak bertanya apa jua soalan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan hari ini menegaskan komitmennya terhadap prinsip kebebasan media dan hubungan berhemah dengan pihak pemberita, susulan laporan mengenai isu yang dibangkitkan oleh kesatuan wartawan melibatkan seorang Menteri Kabinet semalam.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan menerima maklumat daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan menjelaskan perkara tersebut ada dibangkitkan semasa mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.<\/p>\n<p>\u201cSaya memandang serius perkara yang dibangkitkan dan telah berhubung dengan Menteri yang berkaitan mengenai isu ini. Beliau telah memberikan penjelasan kepada saya,\u201d jelas Fahmi semasa sidang media minggu selepas mesyuarat Kabinet hari ini.<\/p>\n<p>Beliau seterusnya menekankan pendirian jelas kerajaan berhubung hak pengamal media untuk bertanya sebarang soalan.<\/p>\n<p>\u201cPendirian kerajaan adalah sangat jelas, yang mana wartawan berhak untuk bertanya apa jua soalan dalam mereka menjalankan tugas mereka sebagai wartawan,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Fahmi menambah setiap respons daripada para Menteri perlu disampaikan dengan penuh hemah dan berlandaskan prinsip keterbukaan.<\/p>\n<p>\u201cIni demi saling menghormati antara media dan juga pihak kerajaan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Ketika ditanya sama ada Menteri berkenaan akan memohon maaf secara terbuka, Fahmi menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Menteri terbabit.<\/p>\n<p>Beliau juga menafikan terdapat sebarang arahan spesifik kepada Menteri untuk menghubungi ketua media bagi menekan pemberita.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak ada mengeluarkan arahan yang spesifik mengenai hal itu.<\/p>\n<p>\u201cApa yang saya tegaskan dalam mesyuarat ialah pendirian kerajaan yang meletakkan hak wartawan untuk bertanyakan soalan sebagai satu prinsip utama,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, media melaporkan kontroversi melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan kejadian menegur soalan seorang wartawan semasa satu majlis baru-baru ini.<\/p>\n<p>Insiden itu berlaku semasa program pra pelancaran projek \u2018I Lite U\u2019, apabila seorang wartawan mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tema projek berkenaan.<\/p>\n<p>Kor Ming menjelaskan penggunaan bahasa Inggeris adalah sesuai bagi menarik pelancong antarabangsa memandangkan ia acara pelancongan.<\/p>\n<p>Namun, tindakan Kor Ming yang seterusnya memberitahu akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan mengenai soalan itu telah mencetuskan bantahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan hari ini menegaskan komitmennya terhadap prinsip kebebasan media dan hubungan berhemah dengan pihak pemberita, susulan laporan mengenai isu yang dibangkitkan oleh kesatuan wartawan melibatkan seorang Menteri Kabinet semalam. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan menerima maklumat daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) dan Gerakan Media Merdeka (Geramm) dan menjelaskan perkara tersebut ada dibangkitkan semasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4736,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[63,49,2280,207,204,2281,345],"authors":[],"class_list":["post-4733","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dap","tag-fahmi-fadzil","tag-geramm","tag-kpkt","tag-nga-kor-ming","tag-utusan","tag-wartawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4733","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4733"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4733\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4737,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4733\/revisions\/4737"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4736"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4733"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4733"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4733"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4733"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}