{"id":4738,"date":"2025-10-31T08:34:03","date_gmt":"2025-10-31T08:34:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4738"},"modified":"2025-10-31T08:34:03","modified_gmt":"2025-10-31T08:34:03","slug":"permainan-roblox-kerajaan-gesa-ibu-bapa-pantau-aktiviti-anak-teliti-tindakan-tegas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/permainan-roblox-kerajaan-gesa-ibu-bapa-pantau-aktiviti-anak-teliti-tindakan-tegas\/","title":{"rendered":"Permainan Roblox: Kerajaan gesa ibu bapa pantau aktiviti anak, teliti tindakan tegas"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan terburu-buru mengharamkan sebarang permainan dalam talian, termasuk Roblox, sebaliknya akan meneliti keseluruhan ekosistem permainan tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas kebimbangan umum berikutan insiden terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mencederakan adiknya yang berusia enam tahun, yang dipercayai ada kaitan dengan permainan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cPerkara itu sedang dalam siasatan polis dan polis memaklumkan siasatan awal menunjukkan bahawa permainan Roblox ada kaitan, tapi kita serah kepada pihak polis untuk meneruskan siasatan,\u201d katanya pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Kabinet hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi turut memaklumkan baru saja mengadakan pertemuan dengan dua wakil Roblox beberapa hari yang lalu bagi mengetengahkan kebimbangan kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cDalam pertemuan itu, saya telah memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius beberapa insiden yang berlaku, termasuk yang terbaru,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut Fahmi, kerajaan sedang mengkaji keseluruhan ekosistem permainan dalam talian secara menyeluruh dan bukannya mengambil tindakan terhadap satu permainan sahaja.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu mengambil satu tindakan hanya terhadap satu permainan semata-mata tapi kita perlu lihat secara keseluruhan dalam ekosistem,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Sambil mengakui bahawa beliau sendiri telah menghalang anaknya daripada bermain Roblox, Fahmi turut menekankan peranan kritikal ibu bapa dalam mengawal selia aktiviti dalam talian anak-anak.<\/p>\n<p>\u201cPenjelasan pihak Roblox adalah bagi kanak-kanak bawah usia 13 tahun mereka menghadkan apa yang boleh dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cNamun, ada beberapa aplikasi yang mungkin terlalu mudah digunakan oleh kanak-kanak dan di situ saya lihat ibu bapa juga ada peranan untuk dimainkan,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Fahmi turut memaklumkan sudah telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menekankan tanggungjawab ibu bapa dalam kempen Internet Selamat mereka, termasuk dalam aspek membenarkan muat turun aplikasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan tidak akan terburu-buru mengharamkan sebarang permainan dalam talian, termasuk Roblox, sebaliknya akan meneliti keseluruhan ekosistem permainan tersebut bagi memastikan keselamatan pengguna, terutamanya kanak-kanak. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengulas kebimbangan umum berikutan insiden terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang mencederakan adiknya yang berusia enam tahun, yang dipercayai ada kaitan dengan permainan berkenaan. \u201cPerkara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4739,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,739,184,16,1688,2283,2282],"authors":[],"class_list":["post-4738","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-ibu-bapa","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-online","tag-permainan","tag-roblox"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4738","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4738"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4738\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4740,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4738\/revisions\/4740"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4739"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4738"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4738"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4738"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4738"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}