{"id":4753,"date":"2025-11-01T08:42:02","date_gmt":"2025-11-01T08:42:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4753"},"modified":"2025-11-01T08:42:02","modified_gmt":"2025-11-01T08:42:02","slug":"kedaulatan-negara-masih-terpelihara-dalam-perjanjian-dagangan-as-zafrul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kedaulatan-negara-masih-terpelihara-dalam-perjanjian-dagangan-as-zafrul\/","title":{"rendered":"Kedaulatan negara masih terpelihara dalam perjanjian dagangan AS: Zafrul"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat terpelihara sepenuhnya sebelum menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).<\/p>\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menekankan semua aspek dan risiko diteliti secara menyeluruh oleh pasukan perunding yang melibatkan semua agensi berkaitan sebelum dibentangkan kepada Kabinet.<\/p>\n<p>&#8220;Pasukan perundingan telah melihat semua risiko dan aspek bagi memastikan ini adalah perjanjian terbaik untuk Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cDalam mana-mana rundingan, ia tidak boleh bersifat satu hala; ada perkara yang perlu diberi dan ada perkara yang perlu dipertahankan,\u201d ujarnya<br \/>\nsemasa Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeongju, hari ini.<\/p>\n<p>Tegas beliau, perkara yang tidak boleh digugat akan dikekalkan, manakala ruang rundingan akan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan negara.<\/p>\n<p>Tengku Zafrul turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus berinteraksi dengan masyarakat bagi menjelaskan kandungan perjanjian tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan terbuka menerima pandangan, namun ia perlu berasaskan fakta dan bukannya bermotifkan politik,&#8221; katanya, sambil menambah isu ini sering dipolitikkan sehingga mengaburi penilaian objektif terhadap manfaatnya.<\/p>\n<p>&#8220;Yang penting adalah manfaat untuk rakyat,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Pengalaman Malaysia menandatangani 19 perjanjian perdagangan bebas sebelum ini dijadikan asas kukuh dalam rundingan semasa.<\/p>\n<p>Mengenai manfaat ekonomi, Tengku Zafrul mendedahkan Malaysia memperoleh komitmen lebih baik melalui ART, dengan AS menawarkan akses pasaran yang lebih terjamin.<\/p>\n<p>&#8220;Apa yang dimeterai adalah lebih baik daripada apa yang telah diumumkan sebelum ini,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Kejayaan ini termasuk pengecualian tarif import AS sebanyak 19 peratus untuk 1,711 produk Malaysia, yang merangkumi barangan elektrik, komponen aeroangkasa dan produk pertanian, seterusnya mengukuhkan kedudukan AS sebagai rakan dagangan utama negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan negara dan kepentingan rakyat terpelihara sepenuhnya sebelum menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa, termasuk Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS). Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menekankan semua aspek dan risiko diteliti secara menyeluruh oleh pasukan perunding yang melibatkan semua agensi berkaitan sebelum dibentangkan kepada Kabinet. &#8220;Pasukan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1403,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2214,530,367,2246,355],"authors":[],"class_list":["post-4753","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-art","tag-as","tag-miti","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-tengku-zafrul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4753","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4753"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4753\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4754,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4753\/revisions\/4754"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1403"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4753"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4753"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4753"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4753"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}