{"id":4755,"date":"2025-11-01T08:47:05","date_gmt":"2025-11-01T08:47:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4755"},"modified":"2025-11-01T08:47:05","modified_gmt":"2025-11-01T08:47:05","slug":"pelaburan-as-ke-malaysia-diperkukuh-15-syarikat-gergasi-tunjuk-minat-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelaburan-as-ke-malaysia-diperkukuh-15-syarikat-gergasi-tunjuk-minat-anwar\/","title":{"rendered":"Pelaburan AS ke Malaysia diperkukuh, 15 syarikat gergasi tunjuk minat: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia bakal menyaksikan peningkatan pelaburan daripada Amerika Syarikat (AS) ekoran minat yang ditunjukkan oleh kira-kira 15 syarikat gergasi dari negara itu untuk mengembangkan atau memudahkan operasi mereka di sini.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim,berkata perkembangan positif ini adalah sebahagian daripada tindakan susulan selepas kunjungan Presiden AS, Donald Trump, ke Malaysia baru-baru ini semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.<\/p>\n<p>\u201cKita bertemu dengan Pakatan Perniagaan AS yang melibatkan syarikat-syarikat besar negara itu yang menyatakan minat sama ada untuk mengembangkan pelaburan atau menyampaikan beberapa usul untuk memudah cara pelaburan AS di Malaysia,\u201d jelas Anwar kepada media sebelum mengakhiri lawatan kerja tiga hari sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Gyeonju, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cIni juga tindakan susulan setelah kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Antara syarikat terkemuka yang disebut oleh Perdana Menteri ialah Microsoft, Amazon Web Services, Philip Morris International dan JP Morgan Chase.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, syarikat-syarikat yang berminat itu merangkumi pelbagai sektor penting.<\/p>\n<p>\u201cIa melibatkan bidang farmaseutikal, semikonduktor dan perkhidmatan kewangan, melibatkan sekitar 15 hingga 16 syarikat,\u201d ulas beliau mengenai hasil mesyuarat Pakatan Perniagaan APEC-AS itu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent.<\/p>\n<p>Menurut satu kenyataan, kedua-dua negara bersetuju untuk terus memperkukuh hubungan ekonomi dua hala.<\/p>\n<p>\u201cTumpuan turut diberikan kepada usaha memperkukuh pertalian ekonomi dua hala.<\/p>\n<p>\u201cIni termasuk komitmen bersama antara Perbendaharaan AS dan Bank Negara Malaysia dalam memastikan dasar pertukaran mata wang yang berdaya tahan, kestabilan pasaran kewangan, serta tadbir urus yang telus dan berintegriti,\u201d jelas Anwar.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Malaysia komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan AS.<\/p>\n<p>\u201cPertemuan itu secara tidak langsung meneruskan momentum hubungan erat yang telah terjalin dan memberi ruang untuk membincangkan pelbagai aspek hubungan perdagangan serta kewangan antara Malaysia dan AS,\u201d katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia bakal menyaksikan peningkatan pelaburan daripada Amerika Syarikat (AS) ekoran minat yang ditunjukkan oleh kira-kira 15 syarikat gergasi dari negara itu untuk mengembangkan atau memudahkan operasi mereka di sini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim,berkata perkembangan positif ini adalah sebahagian daripada tindakan susulan selepas kunjungan Presiden AS, Donald Trump, ke Malaysia baru-baru ini semasa Sidang Kemuncak ASEAN [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2243,530,1110,2242,504,823,2288],"authors":[],"class_list":["post-4755","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-apec","tag-as","tag-donald-trump","tag-korea-selatan","tag-pelaburan","tag-perdagangan","tag-syarikat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4755","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4755"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4755\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4756,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4755\/revisions\/4756"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4755"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4755"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4755"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4755"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}