{"id":4774,"date":"2025-11-02T04:43:47","date_gmt":"2025-11-02T04:43:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4774"},"modified":"2025-11-02T04:43:47","modified_gmt":"2025-11-02T04:43:47","slug":"puad-bidas-wan-fayhsal-berbohong-dakwa-kononnya-najib-dipengaruhi-hamzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/puad-bidas-wan-fayhsal-berbohong-dakwa-kononnya-najib-dipengaruhi-hamzah\/","title":{"rendered":"Puad bidas Wan Fayhsal berbohong dakwa kononnya Najib dipengaruhi Hamzah"},"content":{"rendered":"<p>Puad Zarkashi menasihati Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak menggunakan nama bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk naratif politiknya.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu membidas Wan Fayhsal kerana berbohong mendakwa Najib kononnya dipengaruhi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri semasa peralihan kerajaan sebelum ini.<\/p>\n<p>Menurut Puad, sebagai ahli MKT yang sering bersama Najib, beliau memahami sepenuhnya tindakan bekas Presiden UMNO itu yang sentiasa patuh kepada keputusan parti.<\/p>\n<p>\u201cNajib bertindak secara kolektif. Dia patuh pada keputusan parti. Tidak ada sebab Najib akan mendengar pujukan Hamzah kaki lompat dan pengkhianat UMNO,\u201d tegas Puad dalam kenyataan di akaun Facebooknya.<\/p>\n<p>Beliau menambah keputusan Najib dan UMNO pada masa itu adalah bersifat taktikal untuk menjatuhkan musuh politik secara berperingkat, yang terbukti berjaya.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu Najib dan BN (Barisan Nasional) tidak pernah menyertai gabungan PN (Perikatan Nasional). Nasihat saya kepada Wan Ahmad Fayhsal, berhenti buat pendedahan. Takut lagi banyak bohong,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Puad turut menyarankan agar Wan Fayhsal menumpukan usaha untuk memujuk 22 Ahli Parlimen Bersatu menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Presiden parti itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Puad Zarkashi menasihati Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya tidak menggunakan nama bekas Perdana Menteri, Najib Razak untuk naratif politiknya. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu membidas Wan Fayhsal kerana berbohong mendakwa Najib kononnya dipengaruhi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Presiden Bersatu, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1583,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,71,121,359,1604,146,1914],"authors":[],"class_list":["post-4774","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-muhyiddin","tag-najib","tag-puad-zarkashi","tag-sd","tag-umno","tag-wan-fayhsal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4774","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4774"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4774\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4775,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4774\/revisions\/4775"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1583"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4774"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4774"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4774"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4774"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}