{"id":4808,"date":"2025-11-03T05:54:08","date_gmt":"2025-11-03T05:54:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4808"},"modified":"2025-11-03T05:55:18","modified_gmt":"2025-11-03T05:55:18","slug":"mp-pendang-cetus-kekecohan-dalam-dewan-rakyat-dengan-kenyataan-hulu-laknat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mp-pendang-cetus-kekecohan-dalam-dewan-rakyat-dengan-kenyataan-hulu-laknat\/","title":{"rendered":"MP Pendang cetus kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan kenyataan \u2018Hulu Laknat\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat apabila kenyataan kontroversi yang didakwa menghina dikeluarkan oleh Awang Hashim (PN-Pendang) semasa sesi penggulungan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, mendakwa Awang Hashim dengan sengaja beberapa kali menyebut perkataan &#8216;Hulu Laknat&#8217; yang difahami membawa maksud penghinaan dan secara jelas merujuk kepada nama rasmi daerah Hulu Langat di Selangor.<\/p>\n<p>Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja mencemar maruah Hulu Langat dan penduduknya, malah dianggap menghina naungan serta pemerintahan Sultan Selangor.<\/p>\n<p>\u201cIa amat tidak wajar, tidak beradab dan bertentangan dengan prinsip keluhuran Perlembagaan serta tatakelakuan seorang Ahli Yang Berhormat,\u201d tegas Mohd Sany dalam satu sidang media di Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan kesesuaian penggunaan perkataan berbaur negatif itu.<\/p>\n<p>\u201cLaknat ini kalau disebut dalam al-Quran, Allah sebut pada syaitan, iblis (dan) Firaun. Adakah ia juga disebut kepada 1.5 juta warga Hulu Langat?\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau telah mengemukakan usul rasmi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat,Johari Abdul bagi membolehkan siasatan segera dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cDalam usul, saya mencadangkan Ahli Parlimen Pendang dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk siasatan lanjut,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Turut menyokong gesaan itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, yang turut mendakwa Awang Hashim pernah menyebut &#8216;Kota Celaka&#8217; sebagai sindiran kepada kawannya pada Oktober lalu.<\/p>\n<p>\u201cKita mengkritik sekeras-kerasnya perbuatan Ahli Parlimen Pendang berkenaan. Apabila saya balik ke kawasan, penduduk menyatakan rasa tidak puas hati dan marah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beberapa Ahli Parlimen lain turut bersama-sama menggesa tindakan tegas diambil bagi mengekalkan maruah dan adab dalam dewan yang mulia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kekecohan tercetus di Dewan Rakyat apabila kenyataan kontroversi yang didakwa menghina dikeluarkan oleh Awang Hashim (PN-Pendang) semasa sesi penggulungan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini. Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, mendakwa Awang Hashim dengan sengaja beberapa kali menyebut perkataan &#8216;Hulu Laknat&#8217; yang difahami membawa maksud penghinaan dan secara jelas merujuk kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2116,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1178,947,2307,2308,126,1177],"authors":[],"class_list":["post-4808","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-awang-hashim","tag-dewan-rakyat","tag-hulu-langat","tag-mohd-sany","tag-pas","tag-pendang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4808","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4808"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4808\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4810,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4808\/revisions\/4810"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2116"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4808"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4808"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4808"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4808"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}