{"id":4816,"date":"2025-11-03T08:26:37","date_gmt":"2025-11-03T08:26:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4816"},"modified":"2025-11-03T08:26:37","modified_gmt":"2025-11-03T08:26:37","slug":"1456-kandungan-jelik-terhadap-kanak-kanak-di-media-sosial-diturunkan-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/1456-kandungan-jelik-terhadap-kanak-kanak-di-media-sosial-diturunkan-fahmi\/","title":{"rendered":"1,456 kandungan jelik terhadap kanak-kanak di media sosial diturunkan: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Sebanyak 1,456 kandungan jelik dan melampau yang membabitkan kanak-kanak telah berjaya diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial, menurut Fahmi Fadzil.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi memaklumkan tindakan tegas itu dilaksanakan dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, hasil daripada permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).<\/p>\n<p>Tegasnya lagi, MCMC sentiasa komited dalam memastikan kandungan berunsur mudarat dapat dikawal bagi melindungi golongan rentan, terutamanya remaja dan kanak-kanak.<\/p>\n<p>\u201cDaripada jumlah itu, sebanyak 96 peratus bersamaan 1,456 kandungan sudah diturunkan oleh penyedia platform berdasarkan garis panduan komuniti mereka dan aplikasi undang-undang tempatan yang relevan,\u201d jelas beliau semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Selain itu, bagi mewujudkan ekosistem internet yang lebih selamat, kerajaan telah melaksanakan keperluan pelesenan bagi penyedia perkhidmatan media sosial bermula 1 Januari 2025.<\/p>\n<p>\u201cDi bawah kerangka pelesenan ini, terdapat Kod Tatalaku yang antara lain menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan yang memudaratkan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Tambah Fahmi, kerajaan juga telah menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuhkan lagi keselamatan pengguna di ruang siber.<\/p>\n<p>\u201cAkta ini bertujuan untuk mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan bagi penyedia perkhidmatan aplikasi,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Langkah-langkah proaktif ini diharap dapat membendung ancaman kandungan jelik serta mewujudkan persekitaran dalam talian yang lebih bertanggungjawab dan selamat untuk semua.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sebanyak 1,456 kandungan jelik dan melampau yang membabitkan kanak-kanak telah berjaya diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial, menurut Fahmi Fadzil. Menteri Komunikasi memaklumkan tindakan tegas itu dilaksanakan dari 1 Januari 2022 sehingga 15 Oktober 2025, hasil daripada permohonan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tegasnya lagi, MCMC sentiasa komited dalam memastikan kandungan berunsur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2353,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2312,49,657,1347,184,16,405],"authors":[],"class_list":["post-4816","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-keselamatan-dalam-talian-2025","tag-fahmi-fadzil","tag-jelik","tag-kanak-kanak","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-media-sosial"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4816","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4816"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4816\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4817,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4816\/revisions\/4817"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4816"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4816"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4816"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4816"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}