{"id":4818,"date":"2025-11-03T08:35:23","date_gmt":"2025-11-03T08:35:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4818"},"modified":"2025-11-03T08:35:23","modified_gmt":"2025-11-03T08:35:23","slug":"fahmi-ucap-takziah-kepada-wan-saiful-selepas-dipecat-cadang-hasilkan-filem","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-ucap-takziah-kepada-wan-saiful-selepas-dipecat-cadang-hasilkan-filem\/","title":{"rendered":"Fahmi ucap takziah kepada Wan Saiful selepas dipecat, cadang hasilkan filem"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, berikutan pemecatannya daripada Bersatu.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi menasihati agar Wan Saiful bersabar menghadapi dugaan yang digambarkannya sebagai sangat besar dan secara sinis mencadangkan agar beliau menghasilkan sebuah filem berkenaan peristiwa tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Pertama, saya ucapkan takziah dan semoga Tasek Gelugor bersabar menghadapi dugaan yang sangat besar ini.<\/p>\n<p>\u201cAnda lelaki yang sangat baik dan tak wajar diperlakukan sedemikian rupa. Saya harap keadilan dapat ditegakkan untuk YB,&#8221; katanya di dalam Dewan Rakyat semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 Peringkat Dasar.<\/p>\n<p>Beliau kemudian menambah dengan nada berbaur gurauan agar nasib malangnya yang dipecat itu dihasilkan sebuah filem.<\/p>\n<p>&#8220;Malah, saya menyarankan agar YB Tasek Gelugor membuat filem mengenai nasib yang menimpa dirinya,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Tidak lama selepas itu, Wan Saiful bangun mengucapkan penghargaan atas kata-kata semangat yang ditujukan kepadanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendedahkan bahawa rakan seangkatannya yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah akan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu pada Khamis ini.<\/p>\n<p>Isu ini tercetus ekoran keputusan Bersatu pada 14 Oktober lalu memecat keahlian Wan Saiful dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal, berhubung isu akuan bersumpah yang dikaitkan dengan usaha mendesak presiden parti itu, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, berikutan pemecatannya daripada Bersatu. Menteri Komunikasi menasihati agar Wan Saiful bersabar menghadapi dugaan yang digambarkannya sebagai sangat besar dan secara sinis mencadangkan agar beliau menghasilkan sebuah filem berkenaan peristiwa tersebut. &#8220;Pertama, saya ucapkan takziah dan semoga Tasek Gelugor bersabar menghadapi dugaan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4819,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,112,184,16,309,276,1879],"authors":[],"class_list":["post-4818","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-fahmi","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-parlimen","tag-pecat","tag-wan-saiful-wan-jan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4818","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4818"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4818\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4820,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4818\/revisions\/4820"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4819"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4818"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4818"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4818"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4818"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}