{"id":4826,"date":"2025-11-03T11:58:26","date_gmt":"2025-11-03T11:58:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4826"},"modified":"2025-11-03T11:58:26","modified_gmt":"2025-11-03T11:58:26","slug":"kerajaan-kaji-pengecualian-ptptn-untuk-graduan-cemerlang-di-ipts","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-kaji-pengecualian-ptptn-untuk-graduan-cemerlang-di-ipts\/","title":{"rendered":"Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan cemerlang di IPTS"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti kemungkinan melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada golongan B40 dan M40 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, menegaskan kajian teliti diperlukan memandangkan sistem penilaian akademik di IPTS tidak seragam berbanding di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).<\/p>\n<p>\u201cIni tidak bermakna kerajaan menolak kemungkinan itu, tetapi kita perlu memastikan mekanisme diguna pakai bagi IPTS adalah adil, tepat dan mengambil kira perbezaan sistem penilaian yang wujud antara institusi,\u201d jelasnya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2026 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau mengingatkan bahawa buat masa ini, dasar pengecualian tersebut hanya diberikan kepada graduan kelas pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di IPTA.<\/p>\n<p>Sementara itu, Zambry turut mendedahkan kerajaan sedang dalam proses menyelaras semula keseluruhan ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).<\/p>\n<p>Antara teras utama pembaharuan ini ialah memperkenalkan konsep &#8217;embedded AI&#8217; dengan menerapkan unsur kecerdasan buatan dalam semua kurikulum TVET.<\/p>\n<p>Usaha ini diperkukuh lagi melalui kerjasama strategik dengan pemain industri global seperti Geely dan BYD.<\/p>\n<p>\u201cKerjasama ini merangkumi pemindahan teknologi, latihan tenaga pengajar, dan pembangunan kurikulum bersama bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain itu, KPT juga akan memperkenalkan subjek Mata Pelajaran Umum (MPU) baharu yang menumpukan pembinaan adab, tasawwur dan worldview pelajar.<\/p>\n<p>\u201cPendekatan baharu ini akan menghubungkan pembinaan karakter dari peringkat sekolah dengan kesinambungan pembinaan akal budi di universiti,\u201d tambah Zambry, dalam usaha melahirkan graduan yang seimbang dari segi kemahiran dan sahsiah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang meneliti kemungkinan melaksanakan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada golongan B40 dan M40 di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abdul Kadir, menegaskan kajian teliti diperlukan memandangkan sistem penilaian akademik di IPTS tidak seragam berbanding di Institusi Pengajian Tinggi Awam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4111,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2317,2026,2315,1651,2316,2025,677],"authors":[],"class_list":["post-4826","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cemerlang","tag-graduan","tag-ipts","tag-kpt","tag-pengecualian","tag-ptptn","tag-zambry-abd-kadir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4826","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4826"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4826\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4827,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4826\/revisions\/4827"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4111"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4826"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4826"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4826"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4826"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}