{"id":4837,"date":"2025-11-04T04:40:17","date_gmt":"2025-11-04T04:40:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4837"},"modified":"2025-11-04T04:40:17","modified_gmt":"2025-11-04T04:40:17","slug":"kerajaan-naikkan-had-budi95-untuk-pemandu-e-hailing-teksi-lapangan-terbang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-naikkan-had-budi95-untuk-pemandu-e-hailing-teksi-lapangan-terbang\/","title":{"rendered":"Kerajaan naikkan had BUDI95 untuk pemandu e-hailing, teksi lapangan terbang"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program BUDI Madani (BUDI95) dengan meningkatkan jumlah subsidi petrol RON95 untuk pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan langkah ini diambil bagi mengurangkan beban kos operasi pemandu e-hailing yang merasakan bantuan sedia ada sebanyak 600 liter masih tidak mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cAda lagi rakan-rakan di e-hailing merasakan (jumlah berkenaan) belum mencukupi.<\/p>\n<p>\u201cJadi sekarang, kita mengkaji kalau betul ada rekod dan keperluan, maka kerajaan bersetuju meningkatkan had kelayakan BUDI95 bagi pemandu e-hailing yang layak kepada sehingga 800 liter sebulan,\u201d jelas Anwar ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, yang ingin mengetahui perkembangan pelaksanaan program BUDI95.<\/p>\n<p>Selain itu, kerajaan turut bersetuju untuk memasukkan teksi lapangan terbang ke dalam senarai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).<\/p>\n<p>Bagi membantu golongan nelayan, kerajaan juga telah memperluas kemudahan BUDI95 kepada mereka yang tidak memiliki lesen memandu.<\/p>\n<p>Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cSetakat 31 Oktober lalu, sebanyak 24,000 pengguna bot berdaftar tanpa lesen memandu sudah diluluskan untuk menerima BUDI95,\u201d ujar Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Secara keseluruhannya, program BUDI95 telah digunakan oleh 13.1 juta rakyat Malaysia dengan perbelanjaan mencecah RM2.66 bilion sepanjang bulan pertama pelaksanaannya dari 30 September hingga 31 Oktober lalu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju untuk menambah baik program BUDI Madani (BUDI95) dengan meningkatkan jumlah subsidi petrol RON95 untuk pemandu e-hailing yang layak sehingga 800 liter sebulan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, mengumumkan langkah ini diambil bagi mengurangkan beban kos operasi pemandu e-hailing yang merasakan bantuan sedia ada sebanyak 600 liter masih tidak mencukupi. \u201cAda lagi rakan-rakan di e-hailing [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1798,2309,74,18,296,2319],"authors":[],"class_list":["post-4837","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-budi95","tag-e-hailing","tag-minyak","tag-pmx","tag-subsidi","tag-teksi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4837","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4837"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4837\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4838,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4837\/revisions\/4838"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4837"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4837"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4837"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4837"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}