{"id":4841,"date":"2025-11-04T06:19:12","date_gmt":"2025-11-04T06:19:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4841"},"modified":"2025-11-04T06:19:12","modified_gmt":"2025-11-04T06:19:12","slug":"perjanjian-art-dengan-as-patuh-perlembagaan-tegas-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perjanjian-art-dengan-as-patuh-perlembagaan-tegas-pmx\/","title":{"rendered":"Perjanjian ART dengan AS patuh Perlembagaan, tegas PMX"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah selari sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menekankan jaminan ini diperoleh setelah Jabatan Peguam Negara (AGC) terlibat secara mendalam dalam proses semakan dan kemudiaannya dibawa ke perbincangan Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah mendapat input daripada Jabatan Peguam Negara. Itu cara kita kerja,\u201d jelas Anwar ketika menjawab soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan itu menambah, walaupun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjadi ketua rundingan, semua aspek seperti hal ehwal halal dan import turut melibatkan kementerian serta jabatan teknikal yang lain.<\/p>\n<p>Namun, skop undang-undang keseluruhannya adalah di bawah bidang kuasa AGC yang turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n<p>Perjanjian yang ditandatangani pada 26 Oktober lepas itu juga dikatakan memberi jaminan terhadap kepentingan Bumiputera dan tidak meminggirkan undang-undang domestik negara.<\/p>\n<p>Anwar turut menjelaskan satu peruntukan kritikal dalam perjanjian berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya nak sebut di sini satu peruntukan saja yang sangat penting, Seksyen 5, \u2018Economic and National Security\u2019.<\/p>\n<p>\u201cPeguam Negara bagi penjelasan, peruntukan ini komprehensif. Dia mengikat semua peruntukan lain,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menekankan jika mana-mana perkara dalam perjanjian itu didapati menjejaskan keselamatan negara, Malaysia berhak untuk tidak menerimanya.<\/p>\n<p>Mengenai tindakan sesetengah pihak yang membangkitkan isu ART di luar konteks, Anwar menyeru semua pihak agar berpegang kepada fakta.<\/p>\n<p>Beliau menyatakan rasa kesal dengan tindakan membelakangkan fakta dan menggunakan sentimen agama untuk memburukkan isu ini.<\/p>\n<p>\u201cKita gunakan peluang (kehadiran Presiden AS Donald Trump) untuk secara terbuka sebut mengenai Gaza. Bukan sekali, tiga kali secara terbuka\u2026 saya lakukan sedaya upaya saya untuk mempertahankan kepentingan Gaza dan Palestin,\u201d tegasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menegaskan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah selari sepenuhnya dengan Perlembagaan Persekutuan. Perdana Menteri menekankan jaminan ini diperoleh setelah Jabatan Peguam Negara (AGC) terlibat secara mendalam dalam proses semakan dan kemudiaannya dibawa ke perbincangan Jemaah Menteri. \u201cKeputusan perbincangan kita dalam Jemaah Menteri juga kemudiannya kita ubah suai setelah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":283,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[406,605,13,2214,2246,18],"authors":[],"class_list":["post-4841","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-agc","tag-amerika","tag-anwar","tag-art","tag-perjanjian-perdagangan-timbal-balas","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4841","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4841"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4841\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4842,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4841\/revisions\/4842"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/283"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4841"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4841"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4841"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4841"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}