{"id":4867,"date":"2025-11-05T05:58:32","date_gmt":"2025-11-05T05:58:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4867"},"modified":"2025-11-05T05:58:32","modified_gmt":"2025-11-05T05:58:32","slug":"sistem-pendidikan-perlu-reformasi-untuk-bentuk-nilai-kemanusiaan-sultan-nazrin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sistem-pendidikan-perlu-reformasi-untuk-bentuk-nilai-kemanusiaan-sultan-nazrin\/","title":{"rendered":"Sistem pendidikan perlu reformasi untuk bentuk nilai kemanusiaan: Sultan Nazrin"},"content":{"rendered":"<p>Sistem pendidikan negara didakwa gagal dalam membentuk jiwa dan nilai kemanusiaan, sehingga menyumbang kepada pelbagai peristiwa hitam yang melanda sekolah kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, menyifatkan situasi ini sebagai satu krisis yang tidak sepatutnya dipolitikkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi melakukan reformasi dalam sistem pendidikan negara.<\/p>\n<p>Baginda menegaskan sekolah yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk kanak-kanak, kini mendedahkan mereka kepada ancaman dari segi fizikal dan emosi.<\/p>\n<p>\u201cSecara jujur dan ikhlas, kita hendaklah berani mengakui sel barah yang telah tumbuh membesar hingga ke tahap kritikal,\u201d titah baginda semasa merasmikan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2025.<\/p>\n<p>Menurut Sultan Nazrin, kegagalan sistem mungkin berpunca daripada kealpaan lama yang terlalu mengejar kecemerlangan akademik.<\/p>\n<p>\u201cMatlamat suci sebenar pendidikan mungkin telah lama kita alpakan kerana terlalu taksub memberi fokus untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berbentuk kuantitatif, pada harga mengorbankan komponen kualitatif,\u201d ujar baginda.<\/p>\n<p>Baginda turut membangkitkan kemerosotan integriti dalam kalangan belia, termasuk kesediaan untuk menerima rasuah, serta insiden buli yang tidak ditangani secara menyeluruh.<\/p>\n<p>\u201cAnak-anak dilatih menjawab soalan secara mekanikal, tetapi adakah mereka tahu menghormati perasaan orang lain?\u201d persoal baginda.<\/p>\n<p>Sultan Nazrin menekankan pendidikan bukan sekadar melahirkan pelajar yang pandai, tetapi yang berakhlak, berjiwa dan beradab.<\/p>\n<p>Baginda menyeru agar integriti disemai dari rumah, diperkukuh di sekolah, dan dicontohi melalui kepimpinan.<\/p>\n<p>\u201cIbu bapa berperanan paling utama menyemai benih integriti dalam jiwa anak-anak kerana rumah ialah madrasah pertama seorang insan,\u201d titah baginda mengingatkan semua pihak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sistem pendidikan negara didakwa gagal dalam membentuk jiwa dan nilai kemanusiaan, sehingga menyumbang kepada pelbagai peristiwa hitam yang melanda sekolah kebelakangan ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, menyifatkan situasi ini sebagai satu krisis yang tidak sepatutnya dipolitikkan dan memerlukan kerjasama semua pihak bagi melakukan reformasi dalam sistem pendidikan negara. Baginda menegaskan sekolah yang sepatutnya menjadi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4868,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[134,1531,975,773,973,974,1530],"authors":[],"class_list":["post-4867","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fadhlina-sidek","tag-insiden","tag-kpm","tag-pelajar","tag-pendidikan","tag-sekolah","tag-sultan-nazrin"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4867","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4867"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4867\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4869,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4867\/revisions\/4869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4868"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4867"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4867"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4867"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4867"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}