{"id":4872,"date":"2025-11-05T07:45:58","date_gmt":"2025-11-05T07:45:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4872"},"modified":"2025-11-05T07:45:58","modified_gmt":"2025-11-05T07:45:58","slug":"apa-yang-berlaku-dalam-bersatu-juga-beri-kesan-kepada-pn-naib-presiden-pas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/apa-yang-berlaku-dalam-bersatu-juga-beri-kesan-kepada-pn-naib-presiden-pas\/","title":{"rendered":"Apa yang berlaku dalam Bersatu juga beri kesan kepada PN: Naib Presiden PAS"},"content":{"rendered":"<p>PAS menyuarakan harapan agar krisis dalaman di dalam Bersatu dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelak kesan negatif kepada imej dan perpaduan Perikatan Nasional (PN), khususnya ketika persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang giat dijalankan.<\/p>\n<p>Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa jua yang berlaku dalam satu parti komponen PN akan memberikan kesan langsung kepada seluruh gabungan.<\/p>\n<p>Beliau mengakui kemelut dalam Bersatu sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada parti-parti lain dalam PN, termasuk PAS<\/p>\n<p>\u201cSebab kita duduk dalam PN. Apa yang berlaku dalam PAS atau Bersatu akan memberi kesan kepada semua.<\/p>\n<p>\u201cKalau bagus, baguslah, kalau tidak bagus, maka kesannya juga tidak bagus. Itu kita tidak nafikan,\u201d katanya dipetik laporan media selepas sidang media pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim.<\/p>\n<p>Mohd Amar menegaskan PAS sengaja mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak ingin mengulas secara terbuka atau memperpanjangkan isu dalaman rakan gabungannya itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyelesaian terbaik perlu dicari secara dalaman dan tertutup.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak tahu sejauh mana serius masalah itu, namun ia perlu diselesaikan dalam parti, bukan di luar \u2013 umpama \u2018suani isteri bergaduh\u2019,\u201d ujarnya dengan menggunakan analogi bagi menggambarkan sensitiviti situasi tersebut.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan rakyat meletakkan harapan besar kepada PN, kita mesti pastikan kita kemas, tidak ada masalah, dan boleh bergerak dengan padu,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Kenyataan ini disuarakan susulan laporan media semalam yang memetik Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, mengumumkan semua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bersetuju untuk menghentikan kemelut dalaman bagi mengukuhkan perpaduan dan kekuatan parti menjelang PRN Sabah, selepas satu mesyuarat khas diadakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS menyuarakan harapan agar krisis dalaman di dalam Bersatu dapat diselesaikan dengan segera bagi mengelak kesan negatif kepada imej dan perpaduan Perikatan Nasional (PN), khususnya ketika persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang giat dijalankan. Naib Presidennya, Mohd Amar Nik Abdullah berkata apa jua yang berlaku dalam satu parti komponen PN akan memberikan kesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3286,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,585,2178,71,126,541,11],"authors":[],"class_list":["post-4872","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-krisis","tag-mohd-amar-abdullah","tag-muhyiddin","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-politik"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4872"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4873,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4872\/revisions\/4873"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3286"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4872"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}