{"id":4893,"date":"2025-11-06T07:12:26","date_gmt":"2025-11-06T07:12:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4893"},"modified":"2025-11-06T07:12:26","modified_gmt":"2025-11-06T07:12:26","slug":"panggilan-senyap-jerat-terbaharu-scam-jangan-terpedaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/panggilan-senyap-jerat-terbaharu-scam-jangan-terpedaya\/","title":{"rendered":"Panggilan senyap jerat terbaharu scam, jangan terpedaya!"},"content":{"rendered":"<p>Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan &#8216;panggilan senyap&#8217; daripada nombor tidak dikenali kerana ia didalangi penipu bagi mengenal pasti mangsa berpotensi.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Amirudin Abdul Wahab, mengesahkan menjawab panggilan sebegini akan menandakan nombor telefon pengguna sebagai &#8220;aktif&#8221; dan menjadi sasaran penipuan pada masa depan.<\/p>\n<p>&#8220;Ia bertujuan untuk mengumpul metadata suara. Walaupun senyap, kadangkala panggilan dirakam untuk mengenal pasti latar bunyi atau suara pengguna,&#8221; jelasnya menurut laporan Bernama.<\/p>\n<p>&#8220;Jika mangsa menjawab, nombor akan dimasukkan ke dalam senarai sasaran dan seterusnya dijual atau digunakan untuk penipuan lanjut,&#8221; tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Mangsa yang terperangkap biasanya akan menerima komunikasi susulan seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) atau mesej WhatsApp yang mengandungi pautan palsu serta tawaran kerja mencurigakan.<\/p>\n<p>&#8220;Ada kes di mana selepas terima panggilan senyap, mangsa menerima SMS mengatakan akaun bank akan digantung dan diminta untuk menghubungi nombor telefon yang tertera,&#8221; jelas Amirudin.<\/p>\n<p>Penipu juga mungkin memanggil semula dengan menyamar sebagai wakil bank, syarikat kurier atau agensi kerajaan, selain memalsukan nombor panggilan agar kelihatan seperti nombor tempatan.<\/p>\n<p>Beliau menasihati orang ramai agar memutuskan panggilan serta-merta sekiranya menerima panggilan senyap.<\/p>\n<p>&#8220;Langkah paling selamat adalah menamatkan panggilan dengan kadar segera. Jika benar panggilan itu penting, pemanggil pasti akan cuba menghubungi semula,&#8221; tegasnya.<\/p>\n<p>Sebagai langkah pencegahan, orang ramai digalakkan menggunakan aplikasi pengesan spam seperti Truecaller, menyekat nombor mencurigakan, serta melaporkan insiden tersebut kepada pihak berkuasa.<\/p>\n<p>Pemantauan akaun kewangan secara berkala dan pengesahan panggilan mencurigakan dengan menghubungi terus organisasi rasmi turut disarankan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan &#8216;panggilan senyap&#8217; daripada nombor tidak dikenali kerana ia didalangi penipu bagi mengenal pasti mangsa berpotensi. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Dr Amirudin Abdul Wahab, mengesahkan menjawab panggilan sebegini akan menandakan nombor telefon pengguna sebagai &#8220;aktif&#8221; dan menjadi sasaran penipuan pada masa depan. &#8220;Ia bertujuan untuk mengumpul metadata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3201,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2333,2334,16,2332,34],"authors":[],"class_list":["post-4893","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-cybersecurity-malaysia","tag-dr-amirudin-abdul-wahab","tag-mcmc","tag-panggilan-senyap","tag-scam"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4893"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4893\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4894,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4893\/revisions\/4894"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3201"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4893"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}