{"id":4900,"date":"2025-11-06T10:29:22","date_gmt":"2025-11-06T10:29:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4900"},"modified":"2025-11-06T10:29:22","modified_gmt":"2025-11-06T10:29:22","slug":"kerajaan-kaji-semula-subsidi-gula-untuk-elak-pembaziran-fuziah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-kaji-semula-subsidi-gula-untuk-elak-pembaziran-fuziah\/","title":{"rendered":"Kerajaan kaji semula subsidi gula untuk elak pembaziran: Fuziah"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiapkan kertas cadangan bagi melaksanakan pemberian insentif gula secara bersasar, bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran yang betul.<\/p>\n<p>Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, mengesahkan perkara itu dan berkata kertas tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibawa ke peringkat Kabinet untuk kelulusan.<\/p>\n<p>\u201cAda insentif gula&#8230; dan pihak KPDN sedang menyiapkan kertas untuk MJM. Ia belum lulus lagi dan kami sedang menyiapkan beberapa cadangan, termasuk bagaimana hendak mengurangkannya,\u201d jelas beliau ketika berucap pada majlis perasmian KBBM di Lotus Setia Alam hari ini.<\/p>\n<p>Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci cadangan tersebut buat masa ini.<\/p>\n<p>Langkah ini selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, baru-baru ini yang menyatakan kerajaan akan meneliti pelaksanaan penyasaran subsidi bagi barangan keperluan utama seperti gula, beras dan minyak masak secara berperingkat.<\/p>\n<p>Fuziah turut menekankan kerajaan komited untuk memastikan sebarang bentuk bantuan tidak membebankan rakyat dan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.<\/p>\n<p>Sementara itu, mengenai mekanisme minyak masak bersubsidi, Fuziah memaklumkan kuota 60,000 tan metrik sebulan masih dikekalkan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, penggunaan aplikasi eCOSS akan terus diperkukuh bagi memantau pengedaran minyak masak dan mengelakkan ketirisan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat boleh imbaskan kod QR melalui aplikasi itu untuk membeli minyak masak. Ini bagi memastikan bantuan ini tidak disalahgunakan oleh individu yang tidak layak,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang menyiapkan kertas cadangan bagi melaksanakan pemberian insentif gula secara bersasar, bagi memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran yang betul. Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, mengesahkan perkara itu dan berkata kertas tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri sebelum dibawa ke peringkat Kabinet untuk kelulusan. \u201cAda insentif [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4901,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1460,2339,235,428,296],"authors":[],"class_list":["post-4900","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fuziah-salleh","tag-gula","tag-kabinet","tag-kpdn","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4900","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4900"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4900\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4902,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4900\/revisions\/4902"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4901"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4900"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4900"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4900"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4900"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}