{"id":4903,"date":"2025-11-06T10:32:08","date_gmt":"2025-11-06T10:32:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4903"},"modified":"2025-11-06T10:32:08","modified_gmt":"2025-11-06T10:32:08","slug":"implikasi-cukai-sudah-diambil-kira-dalam-perjanjian-perdagangan-dengan-as-mof","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/implikasi-cukai-sudah-diambil-kira-dalam-perjanjian-perdagangan-dengan-as-mof\/","title":{"rendered":"Implikasi cukai sudah diambil kira dalam perjanjian perdagangan dengan AS: MOF"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan semua implikasi berkaitan kutipan cukai telah diteliti dan diambil kira sebelum termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan telah memastikan perjanjian yang dimeterai itu memberi manfaat menyeluruh kepada negara dari pelbagai sudut termasuk aspek percukaian.<\/p>\n<p>\u201cDari segi perjanjian yang dibuat, kita perlu lihat secara menyeluruh. Aturan dan perjanjian terbaik adalah yang telah kita capai.<\/p>\n<p>\u201cDalam aspek cukai, pandangan sudah diberi dan ia diambil kira dalam perjanjian tersebut. Apa yang penting sekarang ialah kita boleh bergerak ke depan,\u201d katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa bagi MOF di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, penetapan tarif yang dipersetujui dalam ART akan memberi kejelasan kepada industri tempatan dan membuka peluang kepada pelaburan langsung asing (FDI) untuk terus berkembang di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cIa akhirnya memberi kelegaan kepada industri dan membuka ruang kepada lebih banyak FDI masuk ke negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah turut memaklumkan sejak 2005 hingga kini, seramai 84,500 pesakit menerima manfaat daripada Tabung Bantuan Perubatan (TBP) dengan jumlah kelulusan bernilai RM793.7 juta.<\/p>\n<p>\u201cBagi tahun ini sahaja, sehingga Oktober lalu, sebanyak 3,800 permohonan telah diluluskan melibatkan jumlah RM56.2 juta. Tabung ini membantu golongan kurang berkemampuan menampung kos rawatan, peralatan perubatan, rehabilitasi dan ubat-ubatan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Antara bidang rawatan yang mendapat bantuan termasuk kardiologi, ortopedik, respiratori, pembedahan dan rehabilitasi.<\/p>\n<p>Sementara itu, menyentuh mengenai polisi berkaitan pelaburan insurans hayat (ILP), beliau berkata Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperketat garis panduan agar pemegang polisi lebih memahami risiko pelaburan.<\/p>\n<p>\u201cSyarikat insurans dan pengendali takaful diwajibkan mendedahkan prestasi pelaburan serta kecukupan premium kepada pemegang polisi setiap tahun. ILP ini lebih kompleks dan memerlukan pertimbangan risiko yang lebih teliti,\u201d jelasnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan semua implikasi berkaitan kutipan cukai telah diteliti dan diambil kira sebelum termeterainya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS). Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, berkata kerajaan telah memastikan perjanjian yang dimeterai itu memberi manfaat menyeluruh kepada negara dari pelbagai sudut termasuk aspek percukaian. \u201cDari segi perjanjian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[821,298,2214,482,823,2200],"authors":[],"class_list":["post-4903","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amerika-syarikat","tag-amir-hamzah-azizan","tag-art","tag-mof","tag-perdagangan","tag-perjanjian"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4903","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4903"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4903\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4904,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4903\/revisions\/4904"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4903"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4903"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4903"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4903"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}