{"id":4910,"date":"2025-11-07T06:09:46","date_gmt":"2025-11-07T06:09:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4910"},"modified":"2025-11-07T06:09:46","modified_gmt":"2025-11-07T06:09:46","slug":"mp-pkr-kritik-langkah-agc-rayuan-keputusan-mahkamah-babitkan-raymond-koh-dan-amri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mp-pkr-kritik-langkah-agc-rayuan-keputusan-mahkamah-babitkan-raymond-koh-dan-amri\/","title":{"rendered":"MP PKR kritik langkah AGC rayuan keputusan mahkamah babitkan Raymond Koh dan Amri"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, menggesa kerajaan agar menarik balik keputusan memfailkan rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat.<\/p>\n<p>Pemimpin PKR itu menegaskan langkah merayu itu berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menegakkan keadilan dan hak asasi manusia.<\/p>\n<p>Chean Chung berkata penghakiman tersebut bukan sahaja bersejarah, malah menetapkan satu duluan perundangan dan moral yang penting.<\/p>\n<p>\u201cPenghakiman ini memberi isyarat bahawa mahkamah Malaysia kini bersedia untuk mengenakan kos ketara atas tindakan dan sikap berdiam diri pihak berkuasa.<\/p>\n<p>\u201cIni adalah langkah ke hadapan dalam memperkukuh perundangan hak asasi manusia dan akauntabiliti institusi,\u201d katanya dalam satu kenyataan.<\/p>\n<p>Beliau menambah, keputusan mahkamah itu merupakan pengiktirafan bahawa keluarga mangsa layak menerima pampasan atas penderitaan berpanjangan yang ditanggung mereka sejak lapan tahun lalu.<\/p>\n<p>Kes ini, yang mendapat liputan media antarabangsa, telah meletakkan Malaysia di bawah pemerhatian global.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan Madani berdiri di atas prinsip ihsan, hormat dan kepercayaan. Keputusan mahkamah ini mencerminkan nilai-nilai tersebut dengan mengakui penderitaan mendalam keluarga mangsa.<\/p>\n<p>\u201cSebaliknya, keputusan untuk merayu berisiko meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap prinsip yang sering dilaungkan oleh kerajaan sendiri,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n<p>Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanggungjawab atas kehilangan kedua-dua individu itu.<\/p>\n<p>Mahkamah sebelum ini memerintahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM3.26 juta kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin, dan lebih RM37 juta kepada isteri Koh, Susanna Liew.<\/p>\n<p>Mahkamah turut mengarahkan PDRM membuka semula siasatan kehilangan Amri dan melaporkan perkembangannya kepada Peguam Negara setiap dua bulan.<\/p>\n<p>Keputusan penting ini dibuat selepas mahkamah membenarkan saman yang difailkan oleh kedua-dua isteri mangsa terhadap kerajaan dan polis.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, menggesa kerajaan agar menarik balik keputusan memfailkan rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi berhubung kes kehilangan paksa Pastor Raymond Koh dan aktivis Amri Che Mat. Pemimpin PKR itu menegaskan langkah merayu itu berisiko menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen kerajaan dalam menegakkan keadilan dan hak asasi manusia. Chean Chung berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4911,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[406,2327,2340,58,2328,43,2067,699],"authors":[],"class_list":["post-4910","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-agc","tag-amri-che-mat","tag-lee-chean-chung","tag-mahkamah","tag-paderi-raymond-koh","tag-pdrm","tag-petaling-jaya","tag-rayuan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4910","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4910"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4910\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4912,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4910\/revisions\/4912"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4911"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4910"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4910"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4910"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4910"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}