{"id":4917,"date":"2025-11-07T06:46:34","date_gmt":"2025-11-07T06:46:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4917"},"modified":"2025-11-07T06:46:34","modified_gmt":"2025-11-07T06:46:34","slug":"mpt-bersatu-tak-bincang-beri-peluang-kepada-ahli-yang-dipecat-dan-digantung-tun-faisal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mpt-bersatu-tak-bincang-beri-peluang-kepada-ahli-yang-dipecat-dan-digantung-tun-faisal\/","title":{"rendered":"MPT Bersatu tak bincang beri peluang kepada ahli yang dipecat dan digantung: Tun Faisal"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menafikan laporan media yang mendakwa parti itu membincangkan cadangan untuk memberi peluang kedua kepada ahli-ahlinya yang dipecat atau digantung.<\/p>\n<p>Menurut Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, isu tersebut langsung tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada 4 November lalu.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan laporan media berkenaan adalah tidak tepat dan berunsur mengelirukan.<\/p>\n<p>\u201cMerujuk kepada tajuk berita tersebut, saya ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut tidak dibincangkan dalam Mesyuarat MPT Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cLaporan yang memetik kenyataan \u2018sumber dalaman\u2019 adalah tidak benar,\u201d jelas Tun Faisal dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Tun Faisal seterusnya menjelaskan semua prosedur berkaitan tindakan disiplin dan rayuan telah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan parti.<\/p>\n<p>Beliau menekankan mana-mana ahli yang dihukum oleh Lembaga Disiplin mempunyai saluran rayuan yang sah untuk diikuti.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan Fasal 22.6, mana-mana ahli yang dihukum boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh tertentu.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan muktamab mengenai rayuan tersebut terletak sepenuhnya di bawah pertimbangan Lembaga Rayuan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan,\u201d ulas beliau.<\/p>\n<p>Penafian ini dikeluarkan ekoran suasana pergolakan dalaman parti baru-baru ini, yang menyaksikan pemecatan dan penggantungan beberapa ahlinya.<\/p>\n<p>Tun Faisal menegaskan komitmen parti untuk terus berpegang teguh pada peraturan yang sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cKita menghormati perlembagaan parti dan semua keputusan mesti diputuskan melalui saluran yang sewajarnya. Proses berkaitan kedudukan ahli akan terus mengikut prosedur yang termaktub,\u201d tegasnya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu menafikan laporan media yang mendakwa parti itu membincangkan cadangan untuk memberi peluang kedua kepada ahli-ahlinya yang dipecat atau digantung. Menurut Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz, isu tersebut langsung tidak dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang diadakan pada 4 November lalu. Beliau menegaskan laporan media berkenaan adalah tidak tepat dan berunsur [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3080,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,73,631,200,276,199],"authors":[],"class_list":["post-4917","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-bersatu","tag-gantung","tag-mpt","tag-pecat","tag-tun-faisal"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4918,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4917\/revisions\/4918"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4917"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}