{"id":4941,"date":"2025-11-08T06:53:07","date_gmt":"2025-11-08T06:53:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4941"},"modified":"2025-11-08T06:53:35","modified_gmt":"2025-11-08T06:53:35","slug":"mat-sabu-jangka-pru-16-dan-prn-mungkin-diadakan-serentak-tahun-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mat-sabu-jangka-pru-16-dan-prn-mungkin-diadakan-serentak-tahun-depan\/","title":{"rendered":"Mat Sabu jangka PRU-16 dan PRN mungkin diadakan serentak tahun depan"},"content":{"rendered":"<p>Mohamad Sabu meramalkan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan secara serentak pada tahun hadapan.<\/p>\n<p>Presiden Parti Amanah itu berkata jangkaan tersebut berdasarkan tanda tersendiri yang dilihatnya daripada raut wajah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara berseloroh.<\/p>\n<p>\u201cTidak mustahil PRU-16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Ini hak Perdana Menteri, saya tengok muka dia. Kalau dia senyum tu, mulut dia herot sikit belah kanan, pilihan raya dekat,\u201d katanya semasa menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Amanah hari ini.<\/p>\n<p>\u201cKalau mulut dia sedikit sebelah kiri, lama nampak jauh lagi. Itu saya punya bacaanlah, tak tahu betul atau tidak,\u201d tambahnya lagi.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru semua ahli dan jentera parti agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dengan kembali aktif ke medan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cDekati masyarakat, bantu orang susah, jadi suara yang menenangkan, bukan yang menakutkan,\u201d pesannya.<\/p>\n<p>Mengakhiri ucapannya, Mohamad menggesa semua petugas dan jentera parti memulakan gerak kerja dari sekarang sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan diadakan pilihan raya secara serentak pada tahun depan.<\/p>\n<p>\u201cIngatlah, tidak mustahil PRU-16 dan PRN negeri akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Maka, marilah kita bekerja dari sekarang,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n<p>Pendirian untuk pilihan raya serentak itu turut disokong Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, selari dengan pendirian ramai pemimpin lain dari parti kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mohamad Sabu meramalkan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan secara serentak pada tahun hadapan. Presiden Parti Amanah itu berkata jangkaan tersebut berdasarkan tanda tersendiri yang dilihatnya daripada raut wajah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim secara berseloroh. \u201cTidak mustahil PRU-16 dan PRN akan diadakan serentak pada tahun hadapan. Ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4942,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,13,2345,18,103,101,2347],"authors":[],"class_list":["post-4941","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-anwar","tag-mohamad-sabu","tag-pmx","tag-prn","tag-pru-16","tag-serentak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4941","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4941"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4941\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4944,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4941\/revisions\/4944"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4942"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4941"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4941"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4941"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4941"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}