{"id":4945,"date":"2025-11-08T08:41:12","date_gmt":"2025-11-08T08:41:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4945"},"modified":"2025-11-08T08:41:12","modified_gmt":"2025-11-08T08:41:12","slug":"anwar-tak-hirau-didesak-berundur-fokus-bela-nasib-rakyat-dan-bangunkan-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-tak-hirau-didesak-berundur-fokus-bela-nasib-rakyat-dan-bangunkan-negara\/","title":{"rendered":"Anwar tak hirau didesak berundur, fokus bela nasib rakyat dan bangunkan negara"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim dengan tegas menyatakan komitmennya untuk terus memimpin dan memacu agenda pembangunan negara, biarpun berdepan dengan desakan daripada pihak tertentu yang mahu beliau meletakkan jawatan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri memberitahu menerima maklumat berhubung mengenai rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 buat kali kedua, namun desakan itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya untuk mentadbir negara.<\/p>\n<p>\u201cMemang benar, saya akui masih terdapat kelemahan yang dikesan sepanjang tiga tahun ini, tetapi ia tidak wajar dijadikan bahan cacian. Semua pihak seharusnya bekerjasama untuk memperbaiki keadaan,\u201d katanya semasa berucap pada Majlis Peluncuran Masjid MADANI Seberang Perai Tengah hari ini.<\/p>\n<p>Anwar turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan isu kenaikan harga minyak dan beban hutang negara bagi menjawab tohmahan yang diterima.<\/p>\n<p>\u201cSaya memohon maaf kerana mengambil masa. Namun, harus diingat, apabila saya bercakap dahulu, hutang negara adalah RM800 bilion, tetapi apabila saya mengambil alih, ia telah mencecah RM1.5 trilion,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan, penjelasan secara terus kepada rakyat adalah penting bagi mengelak terpedaya dengan dakyah dan fitnah pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cDi Permatang Pauh ini, ada sanak-saudara dan keluarga saya. Saya tidak mahu mereka terpengaruh dengan fitnah dan hasutan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulangi pendiriannya terhadap desakan berundur, Anwar dengan tegas menyatakan tidak akan menghalang sebarang perhimpunan yang bakal diadakan dan kekal fokus membela nasib rakyat.<\/p>\n<p>\u201cMereka merancang untuk buat perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 lagi, dan saya ulang, buatlah. Tidak mengapa, tapi saya akan teruskan agenda pembangunan untuk rakyat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengumumkan pembinaan Masjid MADANI yang menelan belanja RM80 juta telah berjaya mengumpul sebanyak RM57 juta setakat ini melalui sumbangan orang ramai dalam dan luar negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap pembinaannya dapat disegerakan tanpa sebarang kelemahan. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang kelemahan dan kelewatan dalam projek pembinaan masjid ini,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Masjid MADANI yang dibina di atas tapak seluas 2.23 hektar itu dijangka mampu memuatkan sehingga 5,249 jemaah dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden, sekaligus menjadi sebuah pusat komuniti Islam yang unggul selaras dengan konsep Malaysia MADANI.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim dengan tegas menyatakan komitmennya untuk terus memimpin dan memacu agenda pembangunan negara, biarpun berdepan dengan desakan daripada pihak tertentu yang mahu beliau meletakkan jawatan. Perdana Menteri memberitahu menerima maklumat berhubung mengenai rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan \u2018Turun Anwar\u2019 buat kali kedua, namun desakan itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya untuk mentadbir negara. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3756,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,2348,63,285,727,9,18,146],"authors":[],"class_list":["post-4945","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-berundur","tag-dap","tag-madani","tag-pakatan-harapan","tag-pkr","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4945","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4945"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4945\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4946,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4945\/revisions\/4946"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3756"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4945"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4945"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4945"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4945"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}