{"id":4950,"date":"2025-11-08T15:27:30","date_gmt":"2025-11-08T15:27:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4950"},"modified":"2025-11-08T15:27:30","modified_gmt":"2025-11-08T15:27:30","slug":"anwar-gesa-henti-pergaduhan-politik-fokus-tolong-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-gesa-henti-pergaduhan-politik-fokus-tolong-rakyat\/","title":{"rendered":"Anwar gesa henti pergaduhan politik, fokus tolong rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya menghentikan budaya pergaduhan politik yang berpanjangan kerana ia hanya menguntungkan segelintir individu, sedangkan negara sudah terlalu banyak rugi.<\/p>\n<p>Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKita sudah rugi banyak tahun, gaduh-gaduh politik tidak habis, rugi, tapi yang untung tiga, empat orang.<\/p>\n<p>\u201cYang bising itu banyak kaya-kaya. Yang kita nak tolong ini orang meniaga dan rakyat kita. Itu fokus kita,\u201d tegas Anwar dalam ucapannya pada Sesesi Mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah malam tadi.<\/p>\n<p>Anwar menekankan Malaysia kini memerlukan kestabilan dan keutamaan untuk membina kekuatan ekonomi, bukannya terus terbelenggu dengan perebutan kuasa yang melemahkan pentadbiran negara.<\/p>\n<p>\u201cFokus kita mesti menguatkan ekonomi kita. Tiada siapa bantu kita, orang hormat kita sebab negara ini aman, sebab dasar kita kuat,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau juga menekankan kepentingan hubungan erat dan kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah untuk memastikan setiap dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita mahu berjaya dalam ekonomi, kita kena berkawan semua. Bukan kita bersetuju semua.<\/p>\n<p>\u201cKita berkawan, umpamanya sama-sama dalam jemaah menteri, Tengku Zafrul ada sini, saya bukan setuju semua dengan dia, banyak setuju lah. Dengan saudara Hajiji, kadang-kadang dia buat kenyataan, saya kurang setuju tapi inilah realitinya, kita lain ada sikit-sikit beze, tapi yang kita sepakat apa? Apa yang kita fokus, selamatkan negara ini,\u201d jelas Anwar lagi.<\/p>\n<p>Mengenai hubungan dengan Sabah, Anwar menegaskan tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi.<\/p>\n<p>\u201cSaya bukan mahu curi balak Sabah. Tanya Hajiji, ada saya minta balak? Tak ada. Ada saya minta tanah? Tak ada. Ada saya minta kontrak? Tak ada. Saya datang untuk bekerja bersama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut mengingatkan rakyat Sabah agar bijak memilih pemimpin yang mengutamakan kerjasama dan bukannya suka mencari gaduh.<\/p>\n<p>\u201cKita perlukan sokongan semua negeri. Kita perlukan Sabah, dan Sabah perlukan kerajaan Persekutuan yang bekerjasama.<\/p>\n<p>\u201cKamu nak gaduh boleh gaduh, tapi orang bawah susah. Pilih orang yang bawa kerjasama, bukan yang suka cari gaduh,\u201d nasihatnya.<\/p>\n<p>Beliau juga memberi amaran keras kepada mana-mana pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.<\/p>\n<p>\u201cKalau mahu kaya, mahu curi duit, jangan jadi pemimpin. Hentikan, selagi saya jadi Perdana Menteri, saya tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan kuasa,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya menghentikan budaya pergaduhan politik yang berpanjangan kerana ia hanya menguntungkan segelintir individu, sedangkan negara sudah terlalu banyak rugi. Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. \u201cKita sudah rugi banyak tahun, gaduh-gaduh politik tidak habis, rugi, tapi yang untung [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4951,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,9,18,11,103,102,146],"authors":[],"class_list":["post-4950","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-pkr","tag-pmx","tag-politik","tag-prn","tag-sabah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4950","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4950"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4950\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":4952,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4950\/revisions\/4952"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4951"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4950"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4950"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4950"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4950"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}