{"id":4999,"date":"2025-11-10T12:12:02","date_gmt":"2025-11-10T12:12:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=4999"},"modified":"2025-11-10T12:14:43","modified_gmt":"2025-11-10T12:14:43","slug":"rampasan-dadah-rm8-67-juta-di-pulau-pinang-sindiket-antarabangsa-ditumpaskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rampasan-dadah-rm8-67-juta-di-pulau-pinang-sindiket-antarabangsa-ditumpaskan\/","title":{"rendered":"Rampasan dadah RM8.67 juta di Pulau Pinang, sindiket antarabangsa ditumpaskan"},"content":{"rendered":"<p>Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai mengendalikan penghantaran ganja dari Thailand berjaya dibongkar pihak polis dengan rampasan dadah bernilai RM8.67 juta dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam pada Selasa lalu.<\/p>\n<p>Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, mengesahkanlapan individu, termasuk seorang warga United Kingdom dan sepasang suami isteri, telah ditahan dalam operasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Pulau Pinang minggu lepas.<\/p>\n<p>Menurut Azizee, serbuan pertama di sebuah inap desa di Perda membawa kepada penahanan enam lelaki, manakala pasangan suami isteri itu ditahan di tepi jalan di kawasan sama.<\/p>\n<p>\u201cTurut dirampas 17 bagasi berisi dadah jenis bunga ganja. Anggaran keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh 500,000 penagih,\u201d kata beliau semasa sidang media di IPK Pulau Pinang.<\/p>\n<p>\u201cRampasan ini adalah yang terbesar di Pulau Pinang bagi tahun ini, dengan nilai keseluruhan dadah dan harta yang disita mencecah RM8.88 juta,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p>Siasatan mendedahkan premis inap desa berkenaan dijadikan pusat penyimpanan dan pembungkusan semula dadah.<\/p>\n<p>Pasangan suami isteri yang juga pemilik restoran disyaki sebagai dalang utama.<\/p>\n<p>\u201cKita percaya sindiket ini menggunakan laluan darat Pantai Timur untuk membawa dadah dari Thailand, dan Pulau Pinang dijadikan lokasi transit sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa,\u201d ujar Azizee.<\/p>\n<p>Kesemua suspek yang berusia antara 20 hingga 37 tahun direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mandatori mati jika sabit kesalahan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang dipercayai mengendalikan penghantaran ganja dari Thailand berjaya dibongkar pihak polis dengan rampasan dadah bernilai RM8.67 juta dalam dua serbuan berasingan di Bukit Mertajam pada Selasa lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, mengesahkanlapan individu, termasuk seorang warga United Kingdom dan sepasang suami isteri, telah ditahan dalam operasi yang dilaksanakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5001,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,569,314,43,94,2374,67],"authors":[],"class_list":["post-4999","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-jenayah","tag-kes","tag-pdrm","tag-polis","tag-proses","tag-pulau-pinang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4999","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=4999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":5000,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/4999\/revisions\/5000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5001"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=4999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=4999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=4999"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=4999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}